Bengkel automotif perlu dibuka

oleh HEZERI SAMSURI|
Bengkel-bengkel automotif sepatutnya dibenarkan beroperasi semasa tempoh Perintah Kawalan Pergerakan Diperketatkan (PKPD) kerana kelancaran kegiatan Perkhidmatan Perlu turut bergantung kepadanya.

Sistem pengangkutan yang berteraskan kenderaan mekanikal perlu menjalani penyelenggaran yang ketat agar kelancarannya tidak terganggu.
PERODUA MREC Banner Campaign February 2024
HONDA CR-V MREC Banner Campaign March 2024

Menurut Mohd Jaafar Shaik Fareed, Ketua Kluster Automotif untuk Persatuan Pengilang Dan Industri Perkhidmatan Bumiputra Malaysia (PPIPBM), kerosakan kenderaan juga mampu melumpuhkan usaha mereka yang menyara kehidupan dengan kenderaan mereka.

"Jika ada rider FoodPanda yang mengalami kerosakan motosikal atau tayarnya pancit, usaha beliau mencari rezeki akan terganggu," ujarnya ketika ditemuramah Careta melalui panggilan telefon.

"Saya yakin kerajaan faham isu ini kerana sektor penyelenggaraan untuk aeroangkasa kini dibenarkan. Ia (kerajaan) patut membenarkan perkara yang sama untuk kenderaan-kenderaan darat.

"Ambulan yang digunakan perlu penyelenggaraan, perlu alat ganti dan perlu diperbaiki untuk memastikan ia boleh berfungsi di dalam keadaan genting," terang Jaafar lagi.

 

 

Seorang lagi pakar logistik yang tidak mahu dikenali turut bersetuju dengan pendapat Jaafar.

"Jangan bayangkan benda yang remeh sahaja. Cuma bayangkan jika brek kenderaan itu rosak tetapi terpaksa juga dipandu kerana tidak ada pilihan pengangkutan lain. Apa akan jadi jika brek itu gagal berfungsi terus? 

"Adakah kita kena kembali ke cara lapuk sudah terhantuk baru terngadah? Kalau setakat dahi yang benjol, tak mengapa tetapi jika ia sudah memakan nyawa, bagaimana?" katanya kepada Careta.

"Namun begitu, ada juga yang berkata bila bengkel automotif dibuka, kegiatan modifikasi dan pemasangan aksesori juga boleh berlaku dan ia bukan perkhidmatan perlu. 

"Ini adalah masalah pemantauan dan jika pemantauan ketat, ia tak akan berlaku. Jangan kerana marahkan kepada nyamuk, kelambu dibakar," tambah beliau.

Pada awal Jun lalu, MKN berkata kerja-kerja baik pulih kenderaan boleh dilakukan tetapi ia ditarik balik beberapa jam selepas diumumkan.

Sebarang aktiviti bengkel dan pusat servis tidak dibenarkan langsung semasa tempoh lockdown kali ini (dikawasan dalam fasa satu).

 

Berita Berkenaan

Berita Domestik
Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim yang menyaksikan majlis pertukaran dokumen perjanjian…
Berita Global
Beliau berkata demikian selepas lawatan daripada pegawai ekskutif Tesla ke negara tersebut pada…
Informasi
Semasa pembentangan Belanjawan 2024, kerajaan memperkenalkan Skim Galakan Penggunaan Motosikal…