Bengkel buat Ferrari/Lambo celup ditutup oleh polis Brazil

oleh HEZERI SAMSURI|
Polis Brazil telah menutup sebuah bengkel di Santa Catarina, Brazil kerana menghasilkan kenderaan-kenderaan replika Ferrari dan Lamborghini.

Laporan dari agensi berita AP berkata lapan kenderaan replika yang dalam proses pembikinan telah dirampas dan polis sedang menyiasat bagaimana ia dilakukan.
PERODUA MREC Banner Campaign February 2024
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 01
lambo palsu

 

Tindakan polis itu dilakukan selepas satu laporan rasmi difailkan oleh ibu pejabat syarikat-syarikat supercar itu sendiri.

Bengkel yang dimiliki oleh pasangan anak lekai dan ayahnya menjual replika-replika itu pada harga US$45,000 hingga US$60,000, jauh lebih rendah dari harga sebenar sebuah Ferrari di sana (Ferrari 488 bermula pada harga US$280,000).

Tidak dapat dipastikan sama ada kenderaan-kenderaan itu dijual sebagai replika atau dijual sebagai Ferrari dan Lamborghini palsu.

Dari gambar-gambar yang dilihat, ternyata pasangan anak-beranak itu mempunyai hasil kerja tangan yang baik kerana replika-replika itu nampak sangat "real".

* Gambar-gambar dari Itajai Civil Police (AP)

 

Berita Berkenaan

Berita Global
Tuntutan itu mendakwa bahawa pembuat kereta itu hanya boleh memberikan penyelesaian "interim" untuk…
Informasi
Pada tahun 2016, Ferrari mendakwa ia mempunyai jumlah pelanggan tiga kali lebih ramai daripada…
Berita Domestik
Selain dari Hyundai, syarikat itu kini mempunyai pelbagai jenama automotif lain di bawah lembayung…