Bengkel terbakar, puluhan kenderaan musnah

oleh Penyumbang Rencana|
Puluhan kenderaan termasuk kenderaan lama musnah dalam kebakaran di sebuah bengkel di Jalan Ramayah, Putatan berhampiran kedai perabot, pagi Sabtu.

Dalam kejadian jam 9.20 pagi, turut musnah rumah pekerja dan rumah sarang burung namun tidak membabitkan kecederaan atau kemalangan jiwa.
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 01
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 02

Difahamkan, beberapa kenderaan yang musnah itu baru sahaja dihantar pemiliknya untuk dibaiki di bengkel berkenaan.

Jurucakap Pusat Gerakan Operasi (PGO) Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Sabah berkata pihaknya menerima panggilan kejadian jam 9.29 pagi.

Katanya, disebabkan keadaan kebakaran agak besar, operasi memadam kebakaran turut dibantu pasukan bomba dari BBP Kota Kinabalu dan BBP Lintas.

Kebakaran memusnahkan sebuah bengkel, rumah pekerja dan rumah sarang burung walit.

Punca kebakaran dan jumlah kerugian masih dalam siasatan.

 

BuletinTV3