Benteras produk dan alat ganti tiruan - Perodua jalin kerjasama dengan KPDNHEP

oleh SALINA JALIL|
Perodua mengambil inisiatif dengan menganjurkan sesi perjumpaan bersama pegawai-pegawai penguatkuasa daripada Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna Malaysia (KPDNHEP) di ibu pejabatnya di Sungai Choh semalam dalam usaha menghalang perkembangan produk dan alat ganti tiruan di pasaran.
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 01
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 02

 

“Kami sedar bahawa terdapat banyak produk dan alat ganti tiruan di pasaran yang menggunakan jenama Perodua dan sebahagiannya sukar dibezakan dengan yang tulen. Ini termasuk minyak pelincir, penapis minyak, penyerap kejutan (shock absorbers) dan pad brek,” kata Pengarah Urusan Perodua Sales Sdn Bhd Dato’ Dr Zahari Husin.

 

“Perkara ini amat membimbangkan kerana barangan tersebut merupakan barangan kritikal. Pelanggan boleh terpedaya membeli dan menggunakan barangan tiruan ini pada kenderaan mereka – ini bukan sahaja akan membatalkan waranti tetapi boleh menjejaskan keselamatan dan keadaan kenderaan mereka,” katanya lagi.
 

 

Semalam Perodua bersama-sama dengan pengedar servis dan stokis terpilih telah menyampaikan taklimat menyeluruh kepada kira-kira 120 pegawai penguatkuasa KPDNHEP, memberi pengenalan kepada pelbagai produk dan alat ganti tulen Perodua, di mana produk dan alat ganti tersebut dijual, aliran logistik dan kaedah membezakan barangan tulen dan tiruan.

 

Turut hadir dalam sesi taklimat tersebut adalah Timbalan Pengarah Penguatkuasa (Pencegahan) KPDNHEP, Tuan Suhaimi Mat Sari.

 

“Kami mengucapkan terima kasih kepada KPDNHEP, Tuan Suhaimi Mat Sari dan pegawai-pegawai penguatkuasa kerana sudi menyertai inisiatif kami ini. Kami berharap sesi ini dapat memberi manfaat serta membantu tugas mereka untuk mengesan, mengenalpasti dan membanteras barangan tiruan Perodua di pasaran.

 

“Kami menggesa orang ramai agar tidak terjebak dengan taktik peniaga-peniaga tidak bertanggungjawab yang menjual barangan tiruan Perodua. Beli dan pakailah produk dan alat ganti tulen Perodua daripada stokis-stokis kami yang sah atau mana-mana pusat servis Perodua di seluruh negara.
 

 

“Produk dan alat ganti tulen Perodua boleh didapati dengan harga yang berpatutan dan memberikan ketenangan minda yang sepenuhnya. Sebagai alternatif, kami juga menawarkan produk dan alat ganti ProGanti, yang lebih mampu milik dan tetap diuji serta diperakui Perodua.

 

“Kami amat mengambil berat mengenai anda dan kenderaan anda. Ini merupakan sebahagian daripada Pengalaman Perodua, yang menjadi bukti kesungguhan dan iltizam kami untuk sentiasa mengatasi jangkaan dan mengekalkan kesetiaan anda,” tambahnya lagi.

 

 

Berita Berkenaan

Hezeri Samsuri
Ini sudah mula dirasakan oleh Eropah di mana Kesatuan Eropah (EU) mula mempersoalkan harga-harga…
Berita Domestik
Bank pelaburan itu dalam satu nota penyelidikan berkata, kereta PROTON dan PERODUA menjadi pilihan…
Berita Domestik
Menurut beliau, Perodua telah membangunkan sebuah prototaip berkuasa elektrik hasil kerjasama…