Di Eropah, jenama mewah Britain Bentley menganjurkan program trip selama lima hari empat malam kepada sesiapa sahaja yang berminat untuk menikmati pengalaman perjalanan Britain yang terbaik, selain berpeluang membawa sendiri model-model seperti Flying Spur, Continental GT dan Bentayga.

Perjalanan sejauh 644 km itu menyajikan pemandangan yang menarik di sepanjang perjalanan dari Crewe ke Scotland, di mana mereka akan dibawa memandu melalui kawasan Peak District, Yorkshire Dales, serta Cairngorms di Scotland.

Bukan itu sahaja, Bentley turut menyajikan pelbagai pengalaman menikmati makanan mewah di restoran bertaraf bintang Michelin, termasuklah hidangan eksklusif di kilang Bentley yang hanya menggunakan bahan-bahan yang ditanam khusus dalam radius 41 km pada hari pertama.

Bentley menawarkan sehingga empat sesi sepanjang tahun 2022, dan yang paling penting, penyertaan adalah terbuka kepada semua pihak, termasuk mereka yang tidak langsung memiliki mana-mana kenderaan berjenama Bentley.
Yuran untuk perjalanan selama lima hari empat malam itu bermula dari £11,350, dan pada hari terakhir anda boleh memilih untuk mendapatkan perjalanan balik terus dari Aberdeen International Airport, atau menikmati perjalanan keretapi ikonik Caledonia Sleeper ke London untuk menyambung percutian.
Butiran lanjut berhubung itinerari, pemilihan tarikh dan pendaftaran boleh dibuat menerusi pautan di bawah: