Bentley Bentagya 2021 kini ditawarkan dalam varian empat penumpang

oleh Mohamad Hanif|
Sebagai salah sebuah daripada SUV mewah British, Bentley telah menambah sebuah lagi penawaran terhadap model Bentayga dengan memperkenalkan versi empat tempat duduk yang diberikan nama Four Seat Comfort Specification.
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 01
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 02

Model baharu ini dibangunkan dengan penambahan ruang kaki sebanyak 100 mm di belakang, dan tempat duduk yang boleh dibaringkan pada sudut 32 sehingga 40 darjah.

Malah, kedudukan tempat duduk belakang juga boleh dialihkan ke depan dan belakang dengan pertambahan jarak sebanyak 35 mm.

 


Struktur tempat duduk telah direka semula sepenuhnya memberikan bentuk yang lebih berkontur, terutama di bahagian bahu untuk keselesaan yang lebih baik.

Selain daripada itu, ia juga turut menambah beberapa ciri menarik seperti sistem aliran udara, program urut sehingga enam pilihan yang berbeza serta perehat kepala yang selesa.

Para pelanggan juga boleh menempah penambahan ruang penyejuk botol pada konsol belakang dari Mulliner yang mampu memuatkan sebuah botol bersaiz 750 ml, dan hadir dengan gelas champagne Cumbria Crystal yang dibina menggunakan tangan.

 


Segala fungsi yang terdapat pada tempat duduk belakang itu tadi boleh dikawal menerusi tablet kawalan jauh dengan skrin paparan bersaiz 5 inci, termasuklah fungsi pemanasan dan urut, sistem media dan pencahayaan, tingkap berkuasa serta bidai pada bumbung suria.

Di bahagian hadapan kabin pula menampilkan sistem infotaimen baharu bersaiz 10.9 inci yang menawarkan sambungan nirwayar kepada Android Auto dan Apple Carplay.

Dengan penambahan varian baharu ini, Bentley Bentagya 2021 kini sudah boleh didapati dengan varian standard lima tempat duduk dan opsyen konfigurasi tujuh tempat duduk.

 

Berita Berkenaan

Berita Global
  Pelanggan ditawarkan tujuh warna riasan seperti Mandarin, Signal Yellow, Klein Blue, Pillar Box…
Berita Global
Dihadkan kepada tujuh unit setiap satu, barisan model SUV mewah yang dimaksudkan itu ialah: •…
Berita Global
Selari dengan arus perdana di mana permintaan terhadap SUV semakin meningkat, Aurus kini…