Bentley Bentayga EWB Azure 2023 – 4.0L V8 twin-turbo, 542 hp, 770 Nm, dari RM1.09 juta

oleh Mohamad Hanif|
Setelah dilancarkan secara rasmi di peringkat global pada pertengahan tahun 2022, Bentley Kuala Lumpur akhirnya menawarkan model SUV panjang Bentley Bentayga EWB Azure untuk pasaran Malaysia.
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 01
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 02

Berbanding model standard, Bentayga EWB (Extended Wheelbase) memiliki ukuran jarak antara roda 180 mm lebih panjang (3,175 mm), menjadikan dimensi panjang sebenar bertambah kepada 5,322 mm.  
 

EWB


Ia menyumbang kepada ruang kabin, serta ruang kaki yang lebih luas dan selesa, dibantu dengan ciri tempat duduk Bentley Airline Seat (dengan larasan 22 cara), sistem kawalan iklim automatik, serta teknologi pelarasan postur badan automatik pada tempat duduk belakang.

Dalam mod Relax, tempat duduk ini boleh direbahkan sehingga 40 darjah, manakala dalam mod Business, ia boleh ditetapkan pada posisi yang lebih menegak untuk menjadikan urusan kerja semasa bergerak yang lebih selesa.

Ciri kemewahan yang diterapkan pada Bentley EWB Azure ini termasuklah sistem pencahayaan pada trim pintu Bentley Diamond Illumination, serta 24 bilion kombinasi trim yang boleh dipilih bagi menjadikan SUV ini boleh diperibadikan mengikut cita rasa pemilik.
 

EWB


Ciri pertama yang wujud pada Bentayga ialah Electronic All Wheel Steering yang mampu menjadikan SUV ini kekal dinamik untuk dikendalikan biarpun mempunyai jarak antara roda yang lebih panjang, radius putaran 7 peratus lebih kecil daripada Bentayga standard (11.8 meter), serta keyakinan pemanduan pada kelajuan yang tinggi.

Untuk pasaran Malaysia, Bentayga EWB Azure turut didatangkan dengan Touring Specification yang menambah ciri bantuan pemanduan termaju seperti Kawalan Jelajah Adaptif, Bantuan Lorong, sistem penglihatan waktu malam, serta paparan Head-Up.
 

ewb


Bentley Bentayga EWB Azure 2023 dikuasakan oleh enjin bentangan V8 4.0 liter turbo berkembar dengan janaan kuasa 542 hp dan 770 Nm.

Pecutan 0-100 km/j adalah sekitar 4.6 saat sebelum mencapai kelajuan tertinggi 290 km/j.

Untuk pasaran Malaysia, Bentley Bentayga EWB Azure 2023 dijual pada harga bermula dari RM1,091,000 (tidak termasuk cukai, insurans dan pendaftaran).

Berita Berkenaan

Berita Domestik
Sebagai tanda penghormatan, Bentley Kuala Lumpur kini membawakan model terakhir Bentayga Speed W12…
Pelancaran
Ia membawakan nadi bentangan V8 crossplane 4.0 liter turbo berkembar yang mampu menghasilkan 542 hp…
Pelancaran
Ia dijana dengan enjin bentangan V6 2.9 liter turbo berkembar (416 PS/550 Nm) yang dipadankan…