Bentley Bentayga - SUV kluster kayangan kini sudah 20,000 unit terbina!

oleh Mohamad Hanif|
Angka puluhan ribu itu mungkin sangat kecil bagi sebuah syarikat automotif yang besar seperti Toyota, Volkswagen, namun tidak untuk sebuah syarikat yang memproduksikan kenderaan dalam kelas yang kecil dan niche seperti Bentley.
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 01
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 02

Dan jangan tidak percaya, Bentley sebenarnya baharu sahaja mencapai kejayaan menghasilkan Bentley Bentayga, sebuah SUV super mewah sebanyak 20,000 unit semenjak pengenalan pertama pada tahun 2016.

Ia merupakan percubaan pertama Bentley untuk menawarkan sebuah produk yang mampu untuk pergi ke mana jua dalam keadaan yang serba mewah untuk golongan yang terlebih kemampuan.

Semenjak Bentley Bentayga menerjah pasaran tersebut, langkah mereka kemudian diikuti oleh Lamborghini Urus dan Rolls-Royce Cullinan.

 


Setiap Bentley Bentayga mengambil masa lebih daripada 100 jam dan tenaga 230 orang pekerja untuk menyiapkan pemasangan SUV tersebut.

Bentley Bentaga ditawarkan dalam empat trenkuasa yang berbeza, di mana versi tertinggi dilengkapi dengan nadi bentangan W12 bersesaran 5,950 cc turbo berkembar yang menghasilkan 626 kuasa kuda dan 900 Nm yang memacu semua roda.

Bentley Bentagya turut didatangkan dalam versi plug-in hybrid yang dijanakan oleh enjin bentangan V6 2,984 cc dengan angka output keseluruhan mampu mencapai 456 kuasa kuda dan 700 Nm.

 

Berita Berkenaan

Berita Global
  Pelanggan ditawarkan tujuh warna riasan seperti Mandarin, Signal Yellow, Klein Blue, Pillar Box…
Berita Global
Dihadkan kepada tujuh unit setiap satu, barisan model SUV mewah yang dimaksudkan itu ialah: •…
Berita Global
Selari dengan arus perdana di mana permintaan terhadap SUV semakin meningkat, Aurus kini…