Bentley bina tempat letak kereta berbumbung panel solar

oleh Mohamad Hanif|
Ini merupakan satu idea menarik yang boleh diketengahkan di dalam negara kita yang ratanya menerima panas terik matahari sepanjang tahun.

Laporan dari Autoblog menyebut Bentley sudah memulakan perancangan untuk memasang 10,000 lagi panel solar di dalam kawasan kilang utama mereka di Crewe, UK.
AION MREC Banner Campaign May 2024

Menariknya lagi, pemasangan panel solar ini akan dilakukan di kawasan tempat letak kereta yang boleh menampung sebanyak 1,378 petak parking.

 

Pembinaan tempat parking kereta berbumbung panel solar ini dikatakan antara yang terbesar di UK, tambahan kepada pemasangan sedia ada yang meliputi lebih 20,000 panel solar (5 megawatt) yang dipasang pada bumbung kilang. 

Apabila siap dalam jangka masa enam bulan lagi, panel solar ini bakal membekalkan sejumlah 2.7 MW bersamaan 24% kuasa daripada keseluruhan kuasa operasi kilang.

Projek kombinasi kedua-dua projek solar lama dan baharu ini dikatakan mampu menghasilkan kuasa yang cukup untuk dibekalkan kepada 1750 buah rumah. 

Projek ini bakal diselia oleh FlexiSolar, sebuah syarikat ternama di British yang turut bertanggungjawab mereka bentuk dan mengeluarkan produk berkaitan tenaga solar. 

Sumber: Autoblog

Berita Berkenaan

Berita Domestik
Dikendalikan oleh PCM Klang Motor Sdn Bhd, Pusat Pameran Lexus Klang ini telah pun beroperasi sejak…
Berita Global
Ketika mengumumkan jenama baharu itu di China, Geely turut memperlihatkan beberapa buah model yang…
Berita Domestik
Sebagai sebuah pameran EV pertama yang komprehensif, EVx 2022 akan membariskan pelbagai model…