Bentley Continental GT Speed edisi tunggal, imbau kembali sejarah model asal 20 tahun lepas

oleh Mohamad Hanif|
Bertempat di acara The Quail, A Motorsports Gathering, Bentley memperlihatkan sebuah model binaan khas sekali (one-off) yang dinamakan sebagai One-Of-One Bentley Continental GT Speed.
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 01
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 02

Ia dihasilkan oleh divisyen personalisasi Mulliner dengan penggayaan yang hampir sama dengan model pertama Continental GT daripada tahun 2003, sebelum dijual kepada seorang pengumpul dari Amerika Syarikat.

Model Continental GT Speed ini dilayangkan dengan warna hijau Cypress Green, diikuti dengan kemasan kulit perang Saddle, trim venir kayu Burr Walnut, kemasan kilauan tinggi, jahitan kontras serta kemasan warna Special Green pada ruang kabin.
 

continental


Terdapat plet khas yang memaparkan mesej "20 years of the Continental GT by Bentley Mulliner".

Bentley telah memadankan pakej Blackline, Touring dan Styling Specification pada model Continental GT Speed ini.

Ia merangkumi kemasan luar hitam berkilat, diikuti dengan komponen gentian karbon seperti splitter hadapan, skirt sisi, diffuser dan spoiler trunk lip.
 

bentley


Keempat-empat sudut dipadankan dengan rim bersaiz 22 inci kemasan Dark Grey Satin, serta penutup tengah imbang kendiri.

Sejak diperkenalkan pada tahun 2003, Bentley Continental GT kini sudah ditawarkan sebanyak tiga generasi.
 

bentley


Generasi pertama Continental GT menampilkan enjin bentangan W12 6.0 liter turbo berkembar yang mampu menjana kuasa setinggi 552 hp dan 650 Nm, dengan pecutan 0-100 km/j dalam masa 4.8 saat.

Generasi kedua Continental GT masih lagi mengekalkan penawaran enjin W12, sebelum versi enjin V8 turbo berkembar muncul dengan kuasa 500 hp dan 660 Nm, dan keupayaan mencapai kelajuan tertinggi 309 km/j.

Sementara generasi ketiga pula muncul pada tahun 2017 dengan menggunakan asas daripada platform MSB (berkongsi dengan Porsche Panamera), rekaan badan 80 kg lebih ringan, jarak antara roda 135 mm lebih panjang serta mengekalkan penawaran enjin V8 dan enjin W12.