Bentley EXP 100 GT - Grand Tourer elektrik yang luar biasa baik!

oleh Mohamad Hanif|
Sebuah model konsep adakalanya tidak wajib diproduksikan, akan tetapi selalunya ia dijadikan sebagai satu gambaran sesebuah model yang bakal diproduksikan oleh pengeluar automotif pada masa akan datang.
PERODUA MREC Banner Campaign February 2024
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 01

Sama seperti apa yang dibawakan oleh Bentley menerusi model EXP 100 GT, sebuah Grand Tourer dengan trenkuasa elektrik sepenuhnya direka bagi menggambarkan bagaimana model-model akan datang Bentley bakal mengambil bentuk. 

Ia juga turut diperkenalkan sebagai tanda meraikan ulang tahun yang ke-100 Bentley di arena automotif. 

 


Dari segi trenkuasa elektrik yang diperkatakan tadi, Bentley EXP 100 GT didatangkan dengan empat buah motor elektrik yang mampu menjana 1,340 kuasa kuda dan daya kilas 1,494 Nm. 

Kuasa tersebut kemudian disalurkan kepada semua roda dengan pecutan sepantas 2.5 saat dari 0-100 km/j dan halaju maksimum 300 km/j. 

 


Menurut Bentley, dengan kemajuan teknologi bateri pada masa akan datang, model GT ini mampu menawarkan kadar pengecasan sepantas 15 minit bagi mencapai kapasiti 80 peratus.

Dan bagi memastikan EXP 100 GT ini mampu meredah benua tanpa sebarang masalah pengecasan, jarak operasi yang ditetapkan adalah sekitar 700 km untuk sekali cas penuh!
 


Antara ciri pintar yang dibawakan pada Bentley EXP 100 GT ini ialah ciri kepintaran buatan Personal Assistant, di mana sistem ini akan memberikan prediksi keperluan semasa penumpang, termasuklah mengawal keselesaan yang diperlukan ketika pemanduan. 

Untuk keselesaan penumpang, ruangan kabin didatangkan dengan campuran bahan yang dibina daripada kulit, kayu dengan inlay tembaga, bulu dan juga aluminium yang didakwa oleh Bentley merupakan bahan yang mesra alam. 
 


Bentley walaubagaimanapun tidak mempunyai sebarang perancangan untuk membina EXP 100 GT ini dalam bentuk sedia ada. 

Mungkin sekali ia akan diterjemahkan mengikut bahasa rekaan Bentley yang lebih mudah diterima oleh para pengikut MLM. Luar biasa baik!

 

Berita Berkenaan

Berita Global
  Pelanggan ditawarkan tujuh warna riasan seperti Mandarin, Signal Yellow, Klein Blue, Pillar Box…
Berita Global
Adrian Hallmark akan menggantikan Amedeo Felisa sebagai CEO dan bakal memulakan khidmatnya selewat-…
Berita Global
Bersempena dengan ulang tahun kelima pembukaan Pusat Kecemerlangan Pengeluaran Madu, Bentley…