Bentley Flying Spur Hybrid mendarat di Malaysia, 544 PS, 750 Nm, dari RM945,000

oleh Mohamad Hanif|
Bersempena dengan ulang tahun yang ke-25, Bentley Kuala Lumpur mengumumkan ketibaan sedan berkuasa hibrid Flying Spur Hybrid untuk pasaran Malaysia.
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 01
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 02

Ia dijana dengan enjin bentangan V6 2.9 liter turbo berkembar (416 PS/550 Nm) yang dipadankan dengan motor elektrik (136 PS/400 Nm), menghasilkan kuasa gandingan 533 PS dan 750 Nm.
 

Flying Spur


Sistem transmisi automatik ZF lapan nisbah kelajuan digunakan untuk mengagihkan kuasa kepada sistem pacuan semua roda aktif.

Pecutan 0-100 km/j adalah sepantas 4.3 saat sebelum mencapai kelajuan tertinggi 285 km/j.

Dengan pek bateri 18 kWh dan bantuan sistem hibrid yang disebutkan tadi, setangki penuh minyak membolehkan sedan mewah ini mampu mencapai jarak sehingga 800 km.
 

Flying Spur


Sebagai sebuah kereta hibrid, Bentley Flying Spur Hybrid didatangkan dengan tiga mod pemanduan iaitu EV Drive, Hybrid Mode dan juga Hold Mode.

Pek bateri itu tadi boleh dicas menggunakan pengecasan pantas selama 2.5 jam, atau sehingga 6.15 jam apabila menggunakan soket domestik.
 

Flying Spur


Bahagian luaran Flying Spur Hybrid ini boleh dibezakan menerusi penampilan lencana Hybrid pada fender depan, empat tip ekzos berbentuk oval di belakang, serta slot pengecasan yang boleh diakses pada fender kiri depan.

Pilihan saiz rim terdiri daripada rim Mulliner Driving Specification bersaiz 22 inci dengan tiga kemasan berbeza, rim 21 inci dengan kemasan Polished atau Grey Painted, atau rim standard bersaiz 20 inci.
 

Flying Spur


Antara kelengkapan yang dimuatkan termasuklah unit lampu utama matrix LED dengan bantuan suluhan tinggi, lampu DRL, lampu belakang LED, sementara ruang kabin pula dilengkapi dengan skrin tengah bersaiz 12.3 inci, dan sistem audio 650 W dengan 10 pembesar suara.

Ciri keselamatan termaju yang ada pada Bentley Flying Spur ini merangkumi paparan head-up, sistem pandangan waktu malam, bantuan lorong, sistem pengecaman papan tanda trafik dan banyak lagi.

Pelanggan boleh memilih sehingga 60 warna untuk dilayangkan pada bahagian luar (termasuk penyesuaian Mulliner), serta pemilihan warna untuk ruang kabin termasuk warna dua tona.
 

Flying Spur


Bentley Flying Spur Hybrid juga boleh didapati dalam varian Azure dan S, dengan harga jualan bermula dari RM945,000 tidak termasuk duti, cukai dan juga pendaftaran.

Untuk makluman, kesemua unit sedan Bentley Flying Spur Hybrid telah pun mempunyai pemilik masing-masing.

Berita Berkenaan

Model Terbaharu
Menyumbang kepada penjimatan tersebut adalah penggunaan trenkuasa hibrid yang terdiri daripada…