Bentley hasilkan Bentayga bertemakan tarian ballet Russia

oleh Mohamad Hanif|
Bukanlah satu perkara yang aneh apabila terdapat pengeluar automotif yang hadir dengan produk bertemakan seni sesebuah negara.

Lihat sahaja pada Bentley yang lebih dikenali sebagai sebuah jenama ultra-premium, di mana mereka baru-baru ini memperlihatkan enam buah Bentayga yang dihasilkan khusus sebagai memperingati warisan tarian ballet Russia.
 

Russia


Setiap satu daripada enam buah SUV mewah itu diberikan layangan warna (tiga unit  berwarna tona tunggal, tiga warna dua tona) dan trim dalaman yang tersendiri, selain menampilkan sulaman khas bertemakan tarian ballet pada bahagian belakang tempat duduk dan panel di bahagian penumpang.

Lebih menarik apabila setiap satu SUV itu diberikan nama yang berbeza berdasarkan pergerakan tarian ballet pada ambang pintu.
 

russia


Bentley Bentayga Speed Russian Ballet Collection ini menggunakan asas daripada Bentayga Speed yang dilengkapi enjin V12 6.0 liter turbo berkembar yang menghasilkan 626 kuasa kuda dan daya kilas 900 Nm.

Usah ditanya harga yang diminta, memandangkan keenam-enam unit SUV ini telah pun habis ditempah dan bakal dihantar kepada pemilik di Russia menjelang akhir tahun ini.

 

Berita Berkenaan

Berita Global
Tidak seperti model biasa, Flying Spur S menampilkan kemasan warna hitam pada beberapa komponen…
Berita Global
Memfokuskan kepada prestasi pemanduan serta rupa paras yang lebih sporti, beberapa perubahan…
Berita Global
Dalam satu kenyataan yang dihantar kepada Automotive News Jumaat lalu, mereka menjelaskan, "Kami…