Bentley KL tawar promosi Hari Raya - diskaun Bentley Collection, aksesori, pemeriksaan 79-poin percuma!

oleh Mohamad Hanif|
Bersempena dengan musim perayaan yang bakal menjelang tiba tidak lama lagi, Bentley Kuala Lumpur menawarkan promosi berbentuk diskaun terhadap perkhidmatan selepas jualan, penjualan aksesori, serta barangan daripada Bentley Collection.
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 01
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 02

Bagi pemilik model Bentayga, anda boleh mendapatkan diskaun sehingga 15 peratus terhadap pakej Comfort dan Comfort Plus, atau pakej Sports dan Sports Plus untuk model Continental GT.

 


Antara yang ditawarkan menerusi pakej Comfort Pack merangkumi perehat kaki, lampu selamat datang, penutup tangki bahan api Jewelled Fuel Cap, mudflap yang direka khas oleh Bentley Styling Team, serta Load Assist Tray yang diperbuat daripada aluminium dan mempunyai kapasiti seberat 300 kg untuk mengoptimasikan ruang kargo di dalam Bentayga.

Pakej Comfort Plus pula menambah beberapa ciri seprti tempat pemijak sisi Fixed Sill Steps, dan pelindung cermin sisi daripada gentian karbon.

 


Pakej Sports untuk Bentley Continental GT direka untuk menonjolkan lagi rekaan sporti model tersebut merangkumi splitter hadapan, diffuser belakang, spoiler boot-lid, dan side sills yang didatangkan dengan logo sayap Bentley.

Sementara ruang dalaman pula menampilkan pedal sports serta perehat kaki bagi menawarkan keselesaan, kemudahan serta kadar cengkaman yang ditambahbaik untuk apa jua keadaan pemanduan.

Pakej Sports juga turut menambah lampu selamat datang dan Jewelled Fuel Cap, sama seperti apa yang terdapat pada Bentayga Comfort Pack.

Pakej Sports Plus membawakan kemasan hitam berkilat Blackline Spesification pada sesetengah tempat seperti trim bawah, pemegang pintu, kemasan lampu depan dan belakang, tip ekzos, serta pemegang nombor pendaftaran.

Ia disudahi dengan perumah cermin sisi yang turut dicat dengan warna hitam bagi memberikan penampilan Continental GT yang lebih sporti.

 


Tidak cukup dengan itu, Bentley Kuala Lumpur juga turut menawarkan diskaun 15 peratus bagi barangan yang boleh didapati di Bentley Collection untuk masa terhad.

Antara koleksi yang boleh didapati termasuklah set espresso Centenary bersempena ulang tahun yang ke-100 Bentley Motors, mug Centenary, pen mata bola Bentley, serta buku nota yang ditampilkan dalam warna unik seperti Dragon Red dan Kingfisher Blue.

Aspek penjagaan kenderaan turut diutamakan oleh Bentley KL walaupun negara masih lagi belum membenarkan pergerakan merentas negeri sempena musim perayaan kali ini.

Bentley Kuala Lumpur menawarkan pakej Vehicle Health Check dan pemeriksaan 79-poin bernilai RM1,500 secara percuma bagi setiap kenderaan yang dihantar untuk diservis atau dibaiki sepanjang bulan Ramadan.

Selain daripada itu, diskaun sebanyak 30 peratus turut diberikan bagi pemilik yang mahu melakukan penjajaran dan imbangan tayar, serta tambahan diskaun 10 peratus untuk alat ganti.

Untuk maklumat lanjut, sila hubungi pusat pameran Bentley di +603 2168 1688 atau Bentley Aftersales Centre di +603 6157 6993, atau laman media sosial Bentley Kuala Lumpur di Instagram, Facebook dan Telegram: @bentleykualalumpur


Bentley Bentayga Comfort Plus Pack

 

Bentley Continental GT Sport Plus Pack

Berita Berkenaan

Berita Domestik
Sebagai tanda penghormatan, Bentley Kuala Lumpur kini membawakan model terakhir Bentayga Speed W12…
Pelancaran
Ia membawakan nadi bentangan V8 crossplane 4.0 liter turbo berkembar yang mampu menghasilkan 542 hp…
Pelancaran
Berbanding model standard, Bentayga EWB (Extended Wheelbase) memiliki ukuran jarak antara roda 180…