Bentley lancarkan model paling mampu milik - RM2,255 sahaja!

oleh Mohamad Hanif|
Harga-harga jualan untuk model-model bertaraf premium seperti Bentley dan Rolls-Royce adalah di luar kemampuan kebanyakan golongan, namun pengeluar automotif mewah British itu kini tampil dengan sebuah produk yang lebih mampu milik.
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 01
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 02

Lebih tepat lagi, produk beroda tiga yang digelar sebagai Bentley Trike, khusus untuk kegunaan kanak-kanak berusia 12 bulan dan ke atas, disebabkan rekaannya yang begitu versatil - boleh bertukar menjadi kereta sorong, atau basikal tiga roda.

Bentley Trike ini boleh dilayangkan dengan warna sebenar yang boleh didapati pada model-model Bentley.

 


Dengan satu sentuhan butang, konfigurasi tempat duduk boleh ditukar daripada pandangan hadapan kepada pandangan belakang, sementara tempat pemijak kaki pula boleh dilaras bergantung kepada umur kanak-kanak.

Beberapa kelengkapan lain seperti bar penolak, sokongan belakang, dan tali pinggang keledar boleh dibuka untuk memberikan lebih kebebasan kepada kanak-kanak selari dengan peningkatan usia.

 


Ciri keselamatan tidak dilupakan apabila Bentley Trike menampilkan sehingga 12 ciri seperti kanopi boleh dilipat, tempat duduk boleh berputar, pedal anti-gelincir, fender tayar, brek belakang, tali pinggang lima poin dan macam-macam lagi.

Harga jualan untuk Bentley Trike bermula dari £395 atau RM2,255 sahaja dan ia ternyata sebuah produk Bentley yang jauh lebih berbaloi untuk dimiliki berbanding sebuah kereta sebenar.

 


Hey, sekurang-kurangnya anak anda dah pernah merasa duduk di dalam sebuah 'Bentley', kan?