Bentley Mulliner Bacalar - Grand Tourer terulung di dalam kelasnya

oleh Mohamad Hanif|
Acara Geneva Motor Show yang akan berlangsung tidak lama lagi bakal menyaksikan kehadiran sebuah jentera terulung Bentley di dalam segmen Grand Touring.

Nama 'Bacalar' berkemungkinan besar diperoleh daripada bandar terbesar di negeri Quintana Roo, Mexico, dan bandar kedua terbesar selepas bandar Chetumal. 

Berdasarkan carian ringkas, Bacalar juga didapati daripada bahasa Maya b'ak halal yang membawa maksud 'dikelilingi oleh rumput reed', sejenis tumbuhan yang ditanam oleh orang tempatan pada kurun ke-16 ketika zaman ketibaan penjajah Sepanyol.

 


Berdasarkan video teaser, Bentley menamakan jentera tersebut sebagai Mulliner Bacalar yang banyak mengambil inspirasi daripada model konsep Bentley EXP 100 GT yang diperkenalkan tahun lalu. 

 


Rekaan berlekuk pada EXP 100 GT turut diperhatikan ada pada Mulliner Bacalar ini.

Menurut Bentley, ia akan dipasang menggunakan tenaga tangan menggunakan sumber bahan berkualiti tinggi (standard kualiti Bentley) yang dipercayai dan mampan, juga banyak mengambil inspirasi daripada model konsep tersebut. 
 


Sayang sekali, tidak ramai yang bakal berpeluang untuk memiliki Mulliner Bacalar ini oleh kerana Bentley berhasrat untuk membina 'beberapa unit' sahaja. 

 

Add new comment

Berita Berkenaan

Berita Global
Untuk memastikan penawaran Bentley Bentayga lebih menarik, Bentley telah melancarkan empat pakej…
Berita Global
Model baharu ini dibangunkan dengan penambahan ruang kaki sebanyak 100 mm di belakang, dan tempat…
Berita Global
Dan jangan tidak percaya, Bentley sebenarnya baharu sahaja mencapai kejayaan menghasilkan Bentley…