Bentley tawar tombol emas seberat 210 gram untuk ruang kabin Batur, guna teknik percetakan 3D

oleh Mohamad Hanif|
Bentley Mulliner Batur merupakan antara model terakhir Bentley yang dipadankan dengan enjin pembakaran dalaman sebelum pengeluar itu beralih kepada penawaran kenderaan elektrik sepenuh masa.
PERODUA MREC Banner Campaign February 2024
HONDA CR-V MREC Banner Campaign March 2024

Hanya 18 unit sahaja yang akan diproduksikan, dan setiap satu dilengkapi dengan enjin W12 6.0 liter turbo berkembar yang mampu menjana kuasa setinggi 730 hp dan daya kilas 1,000 Nm.

Untuk memastikan setiap satu unit Batur itu memiliki keistimewaan yang tersendiri, Bentley kini menawarkan opsyen berupa trim emas yang dihasilkan menggunakan proses cetakan tiga dimensi dan mempunyai berat sekitar 210 gram.
 

Batur


Trim emas 18 karat itu kebanyakannya boleh didapati pada komponen Charisma Dial yang mengelilingi butang pandu/henti, dan berfungsi sebagai dial penukaran mod pemanduan.

Selain itu, anda boleh memadankan trim emas itu tadi pada butang kawalan ventilasi serta penanda pada roda stereng.

Bentley menghasilkan kemasan emas ini dengan mengitar semula barangan kemas yang dikisar untuk menghasilkan serbuk yang sangat halus. Kemudian, mereka menghasilkan model CAD sebelum menggunakan pencetak lebur laser untuk membina komponen tersebut.
 

Batur


Akhir sekali, tukang emas akan menggilap komponen yang terhasil sebelum dipasangkan pada ruang kabin.

Kesemua 18 unit Bentley Mulliner Batur telah pun mempunyai pemilik masing-masing, dan setiap satu didatangkan tanda harga bermula dari £1.65 juta (RM8.90 juta) tidak termasuk kos penyesuaian yang ditawarkan oleh pengeluar tersebut.

Baca: Bentley Mulliner Batur

Berita Berkenaan

Berita Global
Kini, kesemua 18 pemilik tersebut diberikan opsyen untuk menaiktaraf sistem audio jentera mereka…
Berita Global
Model grand touring coupe ini menampilkan enjin bentangan W12 6.0 liter turbo berkembar yang telah…