Beraksi ala 'Superman', penunggang wanita rempit ditahan

oleh Penyumbang Rencana|
Aksi berbahaya kumpulan motosikal yang dalam perjalanan ke sebuah restoran terkenal di Seremban, Negeri Sembilan telah dikesan anggota dan pegawai Jabatan Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik (JSPT) Bukit Aman menerusi Op Khas Samseng Jalanan kira-kira jam 11.35 malam, Ahad lalu.


Menerusi operasi ini juga, polis telah menahan seorang wanita yang melakukan aksi 'Superman' berserta rakan-rakan beliau di Lebuhraya Kuala Lumpur-Seremban.
MG5 MREC Banner Campaign October 2024 - 01
MG5 MREC Banner Campaign October 2024 - 02

 

Wanita berusia 21 tahun yang menunggang motosikal jenis Yamaha 135LC turut merakam aksi dirinya sendiri dengan kamera yang dilekatkan di topi keledarnya.


Selain aksi 'Superman', beliau turut melakukan beberapa aksi ngeri sambil memotong beberapa buah kereta di lebuh raya berkenaan.


Menurut sumber, tiga penunggang termasuk wanita itu dikesan melakukan aksi Superman, zig-zag dan bersaing sesama sendiri.


Sinar Harian melaporkan bahawa kesemua mereka berjaya ditahan di hadapan restoran di Seremban, Negeri Sembilan.


Mereka yang ditahan terdiri daripada dua lelaki berusia 16 dan 22 tahun manakala wanita itu berusia 21 tahun. Kesemua motosikal jenis Yamaha Y15ZR dan Yamaha 135LC telah disita untuk siasatan lanjut.

 

Menurut sumber, ketiga-tiga penunggang itu dibawa ke Bahagian Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik (BSPT) Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Seremban untuk siasatan di bawah Seksyen 42(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987.

Berita Berkenaan

Informasi
  "Ketika ini, kerja-kerja menambah baik lebuh raya sepanjang 33 kilometer itu akan dilakukan di…
Informasi
Seramai 22 orang peserta wanita #GiviBella menyertai acara tersebut dan dihadiri juga oleh Duta…