Beraksi di Lebuhraya KL-Seremban, empat 'Superman' diberkas

oleh SALINA JALIL|
gambar hiasan
Polis menahan empat lelaki kerana berlumba dan melakukan aksi berbahaya ala 'superman' menerusi Op Samseng Jalanan di Lebuhraya Kuala Lumpur-Seremban, awal pagi semalam
.

Timbalan Pengarah Jabatan Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik (JSPT) Bukit Aman Datuk Mohd Nadzri Hussain berkata, pemantauan dan risikan sebelum itu dijalankan JSPT bermula 10.30 malam hingga 7 pagi.
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 01
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 02

 

Menurutnya, ketika rondaan, polis terserempak dengan sekumpulan penunggang motosikal yang berlumba sesama sendiri.

 

Beliau berkata, selain menunggang dalam kelajuan tinggi, suspek juga dikesan melakukan aksi yang boleh membahayakan nyawa dan pengguna jalan raya lain.

"Pasukan serbuan kemudiannya mengekori semua suspek dan menahan mereka di beberapa lokasi berbeza di Seremban dan Sungai Besi.

 

"Suspek berusia 17 hingga 27 tahun itu ditahan mengikut Seksyen 42 Akta Pengangkutan Jalan 1987," katanya dalam kenyataan.

 

Beliau berkata, polis turut mengeluarkan 13 saman atas pelbagai kesalahan lain yang dilakukan suspek.

 

Katanya, semua suspek dibawa ke Ibu Pejabat Polis Daerah Seremban dan Serdang untuk tindakan lanjut.

 

"Polis akan terus memantau kegiatan lumba haram ini setiap masa bagi memastikan aktiviti ini dalam dikawal secara maksimum," katanya.

 

 

Harian Metro

Berita Berkenaan

Berita Domestik
Sebelum itu, video klip memaparkan aksi mereka meniarap di atas motosikal sambil meluruskan kedua-…
Berita Domestik
Pengarah Jabatan Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik (JSPT) Bukit Aman, Datuk Mohd Azman Mohd Sapri…
Berita Domestik
Kesemua penunggang motosikal itu ditahan dalam operasi kira-kira jam 3 pagi yang dijalankan…