Beraksi 'Superman' di lebuhraya, enam penunggang Yamaha RXZ, seorang Y15ZR ditahan

oleh SALINA JALIL|
Lagak geng motosikal Yamaha RXZ melakukan aksi Superman di Lebuhraya Kuala Lumpur - Seremban, pada Rabu lalu mengundang padah selepas ditahan polis.
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 01
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 02

 

Timbalan Pengarah Jabatan Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik (JSPT) Bukit Aman Datuk Mohd Nadzri Hussain berkata, Ops Samseng Jalanan yang dilakukan sepasukan Unit Risikan dan Operasi JSPT Bukit Aman kira-kira jam 11.50 malam itu mengesan tujuh lelaki dengan aksi Superman dan zig-zag bersaing sesama sendiri

 

Kesemua penunggang berusia 21 hingga 34 tahun itu ditahan di lokasi berasingan sekitar daerah Kajang dan menyita kesemua motosikal mereka iaitu enam Yamaha RXZ dan satu Yamaha Y15ZR, katanya kepada Sinar Harian pada Khamis.

 

fly

Mohd Nadzri berkata, siasatan mendapati kumpulan penunggang itu dalam perjalanan pulang selepas singgah di sebuah restoran roti John di Seremban, Negeri Sembilan.

 

Bagaimanapun katanya, dalam perjalanan pulang itu, geng terbabit dikesan melakukan aksi berbahaya kepada diri sendiri dan pengguna jalan raya lain.

 

Tegas beliau, kesemua tangkapan dan rampasan telah dibawa ke Bahagian Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik (BSPT) Ibu Pejabat Polis Daerah Seremban untuk tindakan lanjut.

 

Kes disiasat di bawah Seksyen 42 Akta Pengangkutan Jalan 1987, katanya.

Berita Berkenaan

Informasi
Maka tidak menghairankan apabila garaj rumahnya yang terletak di Kampung Gong Badak, Terengganu…
Berita Domestik
  Katanya, dua motosikal termasuk milik rakannya, Muhamad Nor Hafiz Yahaya, 34, disedari hilang…
Berita Domestik
    Difahamkan penunggang-penunggang motosikal itu bergerak secara konvoi dari beberapa buah…