Berapa anda mampu bayar sebulan? CARSOME mudahkan pencarian kereta terpakai guna enjin pencarian bijak

oleh HEZERI SAMSURI|
Carsome, sebuah platform perniagaan kenderaan atas talian dahulunya lebih dikenali sebagai tempat untuk kita menjual kereta.

Sekarang, Carsome sudah mula menjual kenderaan-kenderaan terpakai yang dibelinya sendiri di platform yang paling mudah untuk digunakan.
PERODUA MREC Banner Campaign February 2024
HONDA CR-V MREC Banner Campaign March 2024

Tinjauan Careta melihat fungsi pencarian yang digunakan oleh Carsome juga sangat mudah. Anda boleh mencari kenderaan yang anda mahukan berdasarkan:

  • Harga kenderaan
  • Bayaran bulan yang anda mampu
  • Jenama kenderaan
  • Jenis badan kenderaan (sedan, hatchback, van, MPV)
  • Tahun kenderaan dibuat
  • Perbatuan kenderaan tersebut
  • Jenis transmisi
  • Warna

Syarikat Carsome yang bermula pada tahun 2015 itu dan kini sudah berada di Indonesia, Thailand dan Singapura turut menggunakan kaedah fotografi yang menarik agar bakal pembeli boleh melihat kenderaan itu dengan lengkap walaupun secara atas talian.

 

 

Fungsi gambar 360-darjah untuk luar dan dalam kenderaan turut disediakan, menjadikan anda lebih mudah untuk menilai sendiri kenderaan itu sebelum anda pergi untuk memeriksa secara fizikal.

Selain dari itu, Carsome juga memberikan anda jaminan bayaran semula selama 5-hari sekiranya anda tidak berpuas hati dengan kenderaan yang dibeli. 

 

 

Kenderaan paling mampu milik yang disenaraikan dalam Carsome pada waktu laporan ini ditulis ialah Proton Saga SV 1.3L tahun 2013 transmisi automatik dengan jarak perbatuan sebanyak 85,813 km. 

Harga dipinta ialah RM17,500 dan bayaran bulanan ialah dari serendah RM192 (wang pendahuluan 10 peratus, kadar faedah 2.5 peratus setahun dan jangka waktu pinjaman sembilan tahun).

Untuk anda yang berminat mencari sebuah kenderaan terpakai, gunakan pautan di bawah ini untuk melayari platform jual beli kenderaan Carsome.

 

Berita Berkenaan

Berita Domestik
MoU tersebut ditandatangani oleh Naib Presiden Chery Auto Malaysia, Lee Wen Hsiang dan Pengarah…
Berita Domestik
"Carsome juga menjalankan pemeriksaan ke atas 489 unit kenderaan pada hari tersebut, jauh melebihi…
Berita Domestik
Dengan perjanjian bersama EBC termasuk myTukar, MUV dan CARSOME, Proton yakin ia merupakan langkah…