Bergaduh kerana ekzos bising!

oleh Penyumbang Rencana|
gambar dari video tular
Ketidakpuasan hati susulan bunyi bising ekzos motosikal dipercayai menjadi motif pergaduhan membabitkan sekumpulan remaja di kawasan padang Taman Muhibbah, di Sungai Siput yang video mengenainya tular di media sosial.


Ketua Polis Daerah Sungai Siput, Superintendan Mohd Khaizam Ahmad Shahabudin, berkata, satu laporan polis diterima pihaknya kira-kira 6.25 petang Isnin.


Beliau berkata, siasatan awal mendapati pergaduhan itu membabitkan enam individu termasuk remaja, berusia antara 16 hingga 19 tahun.
PERODUA MREC Banner Campaign February 2024
HONDA CR-V MREC Banner Campaign March 2024

 

"Siasatan awal mendapati kejadian berpunca daripada rasa tidak puas hati terhadap sekumpulan remaja yang membuat bising dengan membunyikan ekzos motosikal," katanya dalam kenyataan pada Selasa.

Menurutnya, susulan itu kertas siasatan dibuka mengikut Seksyen 160 Kanun Keseksaan dengan beberapa saksi akan dipanggil bagi membantu siasatan.

Ketika dihubungi, Mohd Khaizam berkata setakat ini tiada tangkapan dibuat namun akan merujuk kes itu kepada Timbalan Pendakwa Raya sebaik kertas siasatan mengenainya selesai selain keterangan semua saksi kejadian diambil.

Beliau dalam pada itu mengingatkan masyarakat untuk tidak sesekali menularkan maklumat tidak sahih kepada umum serta tidak membuat sebarang spekulasi berhubung kes itu yang kelak dapat mengganggu siasatan.

 

Harian Metro

Berita Berkenaan

Berita Global
Berdasarkan hantaran di laman media sosial Reddit, kisah itu bermula apabila pemilik dengan nama…
Berita Global
Jadi, jika anda memiliki kereta yang bising dan tinggal di bandar New York, anda mungkin bakal…
Berita Domestik
  Katanya, siasatan mendapati, mat rempit mengubah suai ekzos motosikal masing-masing ha­nyalah…