Berhati-hati beli tayar terpakai, berjimat jangan sampai tertipu!

oleh SALINA JALIL|
gambar hiasan
Pengguna di­saran agar lebih bijak berbelanja dan tidak menjadi mangsa penipuan kepada peniaga culas yang mengambil kesempatan menjual tayar terpakai yang sudah tamat tempoh penggunaannya.


Presiden Persatuan Pengguna Subang dan Shah Alam (CASSA), Datuk Dr. Jacob George berkata, walaupun tayar terpakai jauh lebih murah berbanding tayar baharu, namun pengguna tetap berdepan risiko besar ketika memandu di jalan raya.


“Tidak mustahil kemalangan jalan raya akan lebih banyak berlaku selepas ini kerana ramai memilih menggunakan tayar terpakai.
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 01
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 02

 

“Dari segi keselamatan, kami tidak menggalakkan pengguna untuk membeli tayar terpakai dan semua penyelidikan yang dibuat pastinya tahu tayar juga antara punca berlakunya kemalangan jalan raya.

 

“Isunya sekarang, ramai pengguna terpaksa membeli tayar terpakai kerana tidak mampu untuk mengeluarkan kos yang tinggi,” katanya ketika dihubungi Kosmo! baru-baru ini.

 

Jacob George berkata, kerajaan perlu mengambil tindakan segera berhubung perkara ini sebelum lebih banyak kemalangan melibatkan kualiti tayar berlaku.

 

“Rakyat Malaysia banyak pakai kenderaan buatan tempatan, pastinya tiada masalah dengan adanya tayar buatan tempatan yang murah dan kualiti.

 

“Bukan hanya keselamatan terjamin, kemalangan yang berpunca daripada ‘bangkai tayar’ yang bertebaran di lebuh raya juga dapat dielakkan,” ujarnya.

 

Sementara itu, Timbalan Pre­siden Gabungan Persatuan-Persatuan Pengguna Malaysia (FOMCA), Mohd. Yusof Abdul Rahman berkata, pengguna juga perlu lebih berhati-hati dalam memilih tayar terpakai.

 

“Jika subsidi diberikan kepada tayar, pastinya semua barang akan dituntut diberikan subsidi, jadi sekarang terserah kepada pengguna untuk membeli tayar yang murah dan berkualiti.

 

“Tidak digalakkan untuk membeli tayar terpakai, namun kita perlu bijak berbelanja dan gunakan wang kepada barang yang murah dan berkualiti,” katanya.

 

 

 

Kosmo

Berita Berkenaan

Informasi
  Hasil tinjauan Kosmo!, rata-rata pengguna sangat terkesan dengan kenaikan harga tayar yang…
Berita Domestik
Baru-baru ini, Goodyear selaku sebuah syarikat pembuat tayar yang cintakan kepada alam sekitar…