Berita Baik! Penduduk California kini boleh beli Porsche 911 GT3 manual!

oleh Mohamad Hanif|
Sebelum Porsche melancarkan varian terbaharu 911 GTS 2022, pengeluar automotif Jerman itu telah pun melancarkan varian berprestasi tinggi 911 GT3 Touring Package dengan penampilan yang lebih merendah diri dan tidak terlalu menonjol.
NISSAN MREC Banner Campaign Mar

Namun, timbul pula satu masalah di mana Porsche 'dihalang' daripada menjual 911 GT3 versi manual di California disebabkan undang-undang bunyi bising yang digunakan.

Namun, tidak lama selaps itu Porsche telah mengesahkan bahawa model 911 GT3 bertransmisi manual kini boleh didapati di California untuk mereka yang berminat.

Secara ringkasnya, Porsche memberitahu undang-undang yang digunapakai di California menggunakan ujian Society of Automotive yang telah pun lapuk (SAE J1470) dan masih lagi belum bertukar kepada ujian yang lebih terkini (SAE J2805, Mei 2020).

Disebabkan itu, Porsche dihalang untuk menjual 911 GT3 manual disebabkan regulasi yang melarang pendaftaran sesebuah kenderaan yang tidak melalui ujian yang dikehendaki terlebih dahulu.

Porsche 911 GT3 2022 bakal mendarat di kesemua pusat pengedar Porsche di Amerika Syarikat pada musim luruh ini (September 2021).

 

Berita Berkenaan

Berita Global
Produk pertama RUF juga sebenarnya bukan sebuah kereta, sebaliknya sebuah bas persiaran! Selepas…
Berita Global
Baca: RUF Rodeo Concept Baca: Singer All-Terrain Competition Study Kini, Porsche sendiri…
Berita Global
Salah satu contoh yang ditunjukkan adalah seperti yang kami paparkan dalam artikel kali ini, di…