Berita buruk: Pembeli Civic Type R di Jepun perlu tunggu enam bulan!

oleh Mohamad Hanif|
Para pembeli hot hatch generasi baharu Civic Type R di Jepun nampaknya terpaksa menunggu sekurang-kurangnya enam bulan sebelum mendapatkan unit masing-masing.
PERODUA MREC Banner Campaign February 2024
HONDA CR-V MREC Banner Campaign March 2024

Menurut laporan CarWatch, ini kerana kilang pemasangan Honda Civic Type R yang terletak di Saitama perlu mengambil masa memandangkan kapasiti pengeluaran fasiliti tersebut untuk model Civic Type R hanyalah sekitar 400 unit sahaja untuk tempoh sebulan.
 

FL5


Harus diingat, semenjak fasiliti Honda di Swindon, UK ditutup buat selama-lamanya, Honda tidak lagi memasang model Civic Type R di sana.

Ini menjadikan Civic Type R FL5 model Civic Type R pertama yang dipasang di Jepun untuk dieksport ke pasaran global.
 

FL5


Honda baharu sahaja mendedahkan spesifikasi penuh hot hatch Civic Type R generasi FL5, di mana ia dilengkapi dengan enjin 2.0 liter turbo K20C1 yang mampu menjana kuasa setinggi 315 hp @ 6,500 rpm dan daya kilas 420 Nm @ 2,600-4,000 rpm.

Jauh lebih berkuasa berbanding Civic Type R FK8, ditambah pula dengan beberapa penambahbaikan yang dibuat bagi menjadikan Civic Type R generasi baharu ini lebih mengujakan, lebih berkuasa dan sekaligus menjadi model terakhir dengan enjin pembakaran dalaman tulen daripada Honda yang akan menjadi rebutan para peminatnya.

Baca: Honda Civic Type R USDM 2023

Sumber: CarWatch

Berita Berkenaan

Berita Global
Menariknya, biarpun Honda Civic Type R mempunyai tetapan casis dan suspensi yang lebih sporti…
Berita Global
Ketepikan mitos itu sebab penulis sendiri tidak mempunyai sebuah Honda dan telah pun melangsungkan…
Berita Global
Honda Civic Type R 2023 (FL5) dikatakan berjaya mencatatkan rekod terpantas di Nurburgring…