Berjaya kutip RM2.28 juta bayaran saman dalam tempoh tiga hari!

oleh Penyumbang Rencana|
gambar hiasan
Polis Johor berjaya mengutip RM2.28 juta bayaran saman dalam tempoh tiga hari bermula Sabtu lalu hingga Isnin lalu menurut laporan dari Sinar Harian.

MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 01
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 02

Datuk Kamarul Zaman Mamat, Ketua Polis Johor berkata, bayaran itu dikutip hasil tawaran diskaun 50 peratus sempena Tahun Baharu Cina di semua kaunter polis termasuk di Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Johor.

Beliau berkata bahawa tawaran diskaun itu telah diadakan untuk menggalakkan masyarakat melunaskan saman tertunggak, meringan beban kewangan serta mempermudahkan urusan bayaran saman bagi yang bermasalah melalui tawaran diskaun ini.

Kenyataan ini dibuat selepas program Walkabout Kempen Rumah Selamat Sempena Tahun Baharu Cina dan Op Selamat di MidValley Southkey di Johor Bahru pada Selasa.

Kamarul Zaman berkata, menjelang perayaan Tahun Baharu Cina pihaknya menjangkakan kesesakan aliran trafik yang luar biasa di Lebuh Raya Linkedua, Kompleks Sultan Abu Bakar (KSAB), Iskandar Puteri dan Bangunan Sultan Iskandar (BSI) di Johor.

"Bilangan kenderaan memasuki negeri ini dijangka meningkat sehingga tiga kali ganda berbanding hari biasa iaitu kira-kira 100,000 kenderaan akan berulang alik", katanya lagi. 

"Polis bersiap sedia untuk menambah bilangan anggota di kedua-dua pintu masuk terutama pada waktu puncak bermula Jumaat ini bagi memastikan kelancaran aliran trafik," katanya.

 

gambar hiasan

 

Dalam masa yang sama, Kamarul Zaman turut  berkata, Datuk Seri Saifuddin Nasution, Menteri Dalam Negeri, dilaporkan akan mengadakan mesyuarat khas tentang kesesakan di BSI dan KSAB pada minggu ini.

Beliau berkata, untuk melancarkan trafik di kedua-dua pintu masuk, semua kaunter termasuk laluan pejalan kaki akan dibuka dengan menempatkan maksimum 250 pegawai dan anggota polis.

"Pada Tahun Baharu Cina ini untuk memastikan keanggotaan mencukupi bagi tempoh musim perayaan ini, kita hanya meluluskan permohonan 10 peratus pegawai dan anggota polis yang akan bercuti.

"Selain menumpukan kepada Op Selamat dan Kempen Rumah Selamat, polis juga membuat rondaan di premis perniagaan dan kawasan perumahan," katanya.

Mengenai Op Selamat Tahun Baharu Cina 2023, beliau berkata, fokus penguatkuasaan adalah tertumpu kepada enam kesalahan utama iaitu kesalahan memandu melebihi had laju, tidak mematuhi lampu isyarat, memotong barisan, memandu di lorong kecemasan, memotong di garisan berkembar dan menggunakan alat komunikasi ketika memandu.

"Menurut statistik tahun lalu, kesalahan memandu melebihi had laju adalah tertinggi dengan 276,129 kes direkodkan daripada jumlah keseluruhan saman yang dikeluarkan iaitu 311,674.

"Jabatan Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik (JSPT) Johor juga akan beri tumpuan pada operasi teras iaitu Ops Samseng Jalanan, Ops Mabuk dan Ops Kenderaan Perdagangan," katanya.

Sinar Harian

Berita Berkenaan

Berita Domestik
Katanya, polis turut menahan dua pemandu lori yang merupakan orang dikehendaki mengikut Seksyen…
Berita Domestik
  Operasi berkenaan melibatkan seramai 25 pegawai dan anggota turut membuat 17 serbuan di Johor…
Berita Domestik
  Antara saman paling banyak adalah memandu laju melebihi had dan kesalahan tidak mematuhi lampu…