Berkembara ringkas dengan Versys-X 250

oleh Careta.my|
VersysX_0379824-660x400.jpg
VersysX_0379824-660x400.jpg
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 01
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 02

Versys-X 250 ini mungkin model kembara atau touring yang dinanti ramai. Rekabentuknya diasaskan kepada prestasi model Versys Kawasaki terdahulu yang turut menawarkan keupayaan tunggangan di jalan raya tidak berturap selain untuk kegunaan harian. Versys-X 250 ini adalah model nama kependekan 'Versatile System' yang paling kecil sesaran enjinnya. Enjin 249 cc kembar sebaris sejukan cecair DOHC ini disuap secara suntikan bahan api yang dikawal secara elektronik bagi memastikan hantaran bahan api yang stabil pada sebarang suhu atau tekanan udara, serta kemampuan penghidupan yang sangat baik walaupun dalam kedinginan pagi. VersysX_0379579 Bukaan besar dalam pelindung atau fairingnya menggalakkan aliran udara apabila menunggang untuk membantu menyesarkan haba enjin. Penutup kipas di belakang radiator mengarahkan udara panas ke bawah dan jauh daripada penunggang, bagi meningkatkan keselesaan ketika terperangkap dalam lalu lintas sesak. Cakera brek tunggal dipasang depan dan belakang, dengan Nissin empat angkup di hadapan. Tupang atau fork teleskopik standard mengampu bahagian hadapan, manakala penyerap kejutan tunggal pula mengampu hujung belakang. Roda berjejari hadapannya bersaiz 19-inci manakala roda belakang bersaiz 17 inci, dan kedua duanya diperbuat daripada aluminium tetuang yang terkenal mampu menangani keperluan tunggangan lasak. [caption id="attachment_28557" align="alignnone" width="620"] Menangani keperluan kawalan jentera amat mudah dek keringanan dan pusat gravitinya yang baik.[/caption] Tunggang-uji sejauh lebih 100km lengkap dengan laluan tidak berturap sekitar tujuh km membuktikan bahawa enjin 249cc yang dipasang pada motosikal ini ditala baik bagi menghasilkan kuasa sekata pada rpm rendah dan sederhana dan masih mampu menghasilkan pecutan yang kuat pada rpm tinggi. Hantaran kuasa yang lancar dan tork yang kuat memudahkan pergerakan kelajuan perlahan, manakala tunggangan lebuh raya terasa selesa walaupun melebihi hadlaju yang dibenarkan. Tunggangan paling selesa dirasakan sehingga kelajuan140 kmj, dan kelajuan sehingga 160 kmj masih boleh dicapai walaupun tidak digalakkan memandangkan ia nya akan memaksa rpm enjin memasuki zon merah sehingga 12,000 rpm. _0379919 Pastinya ramai yang tidak akan kecewa dengan prestasi motosikal terbaharu Kawasaki ini terutama sekali bagi mereka yang ingin berjinak dengan tunggangan kembara luar bandar yang melibatkan jalan tidak berturap. Walaupun anda tidak boleh menjangkakan kuasa umpama kuda liar seperti yang ditawarkan jentera motocross, pengendalian yang mudah dan terkawal dan kedudukan menunggang yang menegak dan bersahaja mampu membolehkan anda menangani keperluan keseronokan penunggangan yang santai dan bersahaja, biarpun untuk menunggang seharian. _0380001 (225) Khas bagi pelanggan tempatan, Kawasaki Motors Malaysia Sdn Bhd telah memutuskan untuk menawarkan tongkat utama sebagai pemasangan standard tidak seperti pasaran lain yang akan menawarkan tongkat tengah itu sebagai aksesori tambahan yang perlu dibeli berasingan. Walaupun pernah diumumkan sewaktu pelancarannya sebelum ini, Versys-X 250 Tourer yang didatangkan dengan kotak simpanan panniers belum ditawarkan kerana ia dirasakan terlalu mahal. VersysX_0379773 Harga jualan rasmi  bagi Kawasaki Versys-X 250 telah diumumkan sebagai RM23,789.00 termasuk GST, seperti yang telah kami siarkan di laman FB kami tempohari. Model terbaharu ini hanya boleh didapati dalam warna Hijau dan akan berada di bilik pameran Kawasaki Premium mulai 5 Mei, 2017 kelak. Kami akan menunggang-uji Versys x ini sekali lagi kelak untuk jangkamasa yang lebih panjang, bagi mendapatkan gambaran lebih mendalam dalam kemampuannya menangani tunggangan seharian.