Berkumpul di laluan kecemasan, polis panggil ahli Civic FC

oleh Mohamad Hanif|
Sekumpulan individu dipercayai ahli sebuah kelab kereta akan dipanggil untuk memberi keterangan dalam masa terdekat selepas gambar mereka berhenti dan meletakkan kenderaan di lorong kecemasan di Lebuhraya Temiang-Pantai tular di media sosial, pada Ahad.
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 01
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 02

Ketua Polis Daerah Nilai, Superintenden Mohd Fazley Ab Rahman berkata, tindakan itu diambil setelah polis mengesan gambar tular di Facebook memaparkan sekumpulan individu dipercayai dari sebuah kelab kereta yang berkumpul di sepanjang lorong kecemasan untuk merakam gambar di Lebuh Raya Temiang-Pantai pada Sabtu lepas kira-kira jam 6.30 petang

"Polis sudah mengenal pasti 48 buah kenderaan yang berhenti di situ dan sebagai permulaan ketua kelab bersama 'admin' Facebook kelab berkenaan akan dipanggil memberi keterangan.

"Tindakan itu merupakan satu kesalahan kerana boleh mendatangkan bahaya kepada pengguna lain yang menggunakan laluan ini dan tindakan undang-undang boleh diambil ke atas mana-mana individu di bawah Kaedah 53(1) LN 166/59 Peraturan-peraturan Lalulintas," katanya dalam satu kenyataan pada Isnin.

Ujarnya, kaedah itu menjelaskan tiada kenderaan daripada apa-apa kelas atau perihal yang ditentukan boleh dipandu, ditunda, ditolak, diletak atau ditinggalkan tanpa jagaan di mana-mana lorong kecemasan kecuali dalam kes kecemasan.

"Selain itu, di bawah Kaedah 53(4) LN 166/59 Peraturan-peraturan Lalulintas, bagi maksud Kaedah-Kaedah ini, 'lorong kecemasan' ertinya lorong tambahan atau bahu jalan di sebelah kiri jalan raya selorong, dua lorong, tiga lorong atau empat lorong di Jalan Persekutuan yang ditentukan sebagai lorong kecemasan.

Sumber: Sinar Harian

Berita Berkenaan

Telah Diuji
Ia antara model kegemaran rakyat Malaysia untuk projek Type R jadi-jadian, malah ia juga antara…
Telah Diuji
Untuk segmen ini, pilihan yang ada: Honda Civic Toyota Corolla Mazda3 Hyundai Elantra Honda…
Model Terbaharu
Disebabkan itu, rekaan badan Civic ini menjadi semakin ringkas dan dalam masa yang sama Honda cuba…