Berlumba di lebuhraya: Bayi tercampak dari kereta

oleh SALINA JALIL|
Seorang bayi perempuan berusia 18 bulan nyaris maut apabila tercampak di tengah jalan selepas kereta dipandu bapanya terbabit kemalangan di Kilometer 235.5 Lebuhraya PLUS Ayer Keroh-Senawang (arah utara) dekat Rembau, petang semalam.

Ketua Polis Daerah Rembau Deputi Superintendan Anuar Bakri Abdul Salam berkata, kemalangan pada 3.20 petang itu membabitkan tiga buah kereta.
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 01
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 02

“Kemalangan berlaku apabila pemandu kereta Honda Civic berusia 33 tahun gagal mengawal kenderaannya sebelum terlanggar penghadang besi di tengah lebuh raya ketika cuba mengelak kereta Perodua Myvi yang menukar lorong secara tiba-tiba.

 

“Kereta Honda Civic itu terbabas dan melanggar bahagian belakang sebuah lagi kereta jenis Perodua Myvi yang bergerak di lorong tengah.

 

“Akibat kemalangan itu, bayi perempuan berusia 18 bulan tercampak dari kereta Honda dan terjatuh di atas lorong kanan lebuh raya dan cedera ringan,” katanya dalam kenyataan media di Rembau, hari ini.

 

Beliau berkata, pihaknya sedang mengesan pemandu Perodua Myvi berwarna biru bagi membantu siasatan selepas menerima maklumat orang awam serta video tular menyatakan pemandu terbabit berlumba dengan pemandu sebuah lagi Perodua Myvi.

 

“Kanak-kanak itu dihantar ke Hospital Tuanku Jaafar, Seremban untuk rawatan lanjut.

 

“Orang ramai atau pengguna lebuh raya yang mempunyai maklumat boleh menghubungi Inspektor Sarah Ismail di IPD Rembau dan kes disiasat mengikut Seksyen 42 (1) Akta Pengangkutan Jalan 1987,” katanya.

 

Kejadian itu tular di media sosial selepas dirakam dash cam kereta lain.

 

Menerusi rakaman itu, pemandu dua kereta Perodua Myvi itu kelihatan berlumba dan menukar lorong sesuka hati sebelum kemalangan menyebabkan bayi itu tercampak.

 

Pengguna jalan raya lain segera memperlahankan sebelum seorang pemandu lori bergegas mendapatkan bayi berkenaan.

 

Berita Berkenaan

Berita Domestik
"Kereta Toyota Vios dipandu rakan mangsa itu dipercayai mengelak sebuah kereta yang tidak dikenal…
Berita Domestik
Ketua Polis Daerah Serdang, Asisten Komisioner A A Anbalagan berkata, kejadian diterima pihaknya…
Berita Domestik
  Suaminya, Mohd Fadzli Abd Razak, 53, dilaporkan cedera di dada dan tangan.     Ketua Jabatan…