Bermaz Auto Apprenticeship Program 2023 berjaya hasilkan 159 graduan berkemahiran

oleh Danial Yasin Suhaimi|
Bermaz Auto baru-baru ini telah mengumumkan pengijazahan 159 pelajar dari Bermaz Auto Apprenticeship Program 2023, yang telah berlangsung pada hari Jumaat, 8 September 2023.
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 01
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 02

159 graduan itu merangkumi pelajar daripada tiga program latihan teknikal yang berbeza, di mana 43 daripada BAuto Apprenticeship Program, 21 graduan BAuto Mechanic Programme (BAMP) dan 22 graduan BAuto Body & Paint (BABP).

Seramai 116 graduan pula tamat pengajian dari program Mazda Master Technical dan Non-Technical, di mana kesemuanya kini bekerja di bawah Bermaz Auto Berhad dan akan ditempatkan di pusat servis untuk tiga jenama yang dikendalikannya, iaitu Mazda, Peugeot dan Kia.

 

2

 

Dengan pengiktirafan program perantis Bermaz, Mazda Arab Saudi yang merupakan pengedar tunggal jenama Mazda di bawah Haji Hussein Alireza Co. Ltd. (HHA) di Arab Saudi turut tertarik terhadap kejayaan program perantisan tersebut.

Hal ini kerana Bermaz Auto merupakan salah satu pengedar Mazda yang menawarkan program perantisan untuk program Automotif dan Badan & Cat.

Oleh itu juga, Mazda Saudi telah meminta sokongan tenaga kerja dalam bahagian Body & Paint melalui Mazda Corporation Japan.

 

3

 

Melalui kerjasama dengan Institut Kemahiran MARA (IKM) sebelum ini dalam Technical Intern Training Program (TITP), Bermaz Auto telah menjemput MARA untuk menyertai penyerahan dan penyenaraian calon.

Wakil HHA telah mengadakan taklimat maya dan pemilihan calon, di mana hanya empat orang calon telah dipilih melalui ujian amali dan sesi temu duga.

Dua calon adalah dari Bermaz Auto Apprenticeship Program 2023, dan dua lagi dipilih oleh MARA dari Institut Kemahiran MARA (IKM), di mana calon-calon terpilih telah memulakan kerjaya mereka di Arab Saudi bersama Haji Hussein Alireza & Co. Ltd.

 

4

 

Selain daripada pengijazahan program perantisan tersebut, 29 kakitangan telah diperakui dengan Pensijilan EV IMI Tahap 3 dan Tahap 4.

Empat kakitangan telah disahkan dengan pensijilan Tahap 3, manakala 25 kakitangan menerima pensijilan Tahap 4 daripada badan Akreditasi UK, iaitu The Institute of the Motor Industry (IMI), melalui penilaian teori dan praktikal oleh jurulatih bertauliah EV UK.

 

Berita Berkenaan

Berita Domestik
Dalam kenyataan kepada Bursa Malaysia pada Selasa, syarikat pengedar kereta itu berkata pertumbuhan…
Model Terbaharu
Varian 1.5L Plus dan 2.0L Plus baharu kini telah dipertingkatkan dengan penambahbaikan…
Berita Domestik
Pameran oleh Institut Automotif, Robotik dan IoT Malaysia (MARii) itu akan dianjurkan bermula…