Bermaz Auto rancang bawa masuk Kia EV6, Peugeot 3008 EV & 508 Hybrid - laporan

oleh Mohamad Hanif|
Bermaz Auto Alliance baharu sahaja mengambil alih jenama-jenama seperti Kia dan Peugeot tahun ini, namun syarikat itu diberitakan mempunyai beberapa perancangan yang menarik untuk merancakkan lagi pasaran tempatan.
PERODUA MREC Banner Campaign February 2024
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 01

Menurut laporan rakan media Paultan yang memetik info daripada Maybank IB Research, Bermaz Auto mempunyai perancangan untuk membawa masuk model-model seperti Kia EV6, Peugeot 3008 BEV dan juga Peugeot 508 Hybrid, selain daripada model Mazda MX-30 yang pernah dilaporkan sebelum ini.

Namun, perancangan tersebut bergantung kepada polisi EV yang akan dilaksanakan oleh kerajaan Malaysia kelak.

Berdasarkan pembentangan yang dibuat minggu lalu, kerajaan bercadang untuk membuat pengecualian penuh terhadap duti import, duti eksais, cukai jualan dan juga cukai jalan bagi kenderaan elektrik.
 

Kia EV6


Sebagai makluman, Kia EV6 dilancarkan di peringkat global pada bulan Mac lalu, menggunakan pelantar E-GMP yang sama dengan Hyundai Ioniq 5, di mana versi tertinggi Kia EV6 GT didatangkan dengan sistem pacuan semua roda, motor elektrik berkembar berkuasa 577 hp/740 Nm dan jarak pemanduan sejauh 405 km.

Sementara model Peugeot 3008 BEV yang diperkatakan itu berkemungkinan besar merupakan strategi jangka panjang memandangkan Peugeot 3008 sedia ada tidak mempunyai varian elektrik sepenuh masa.

Versi facelift yang dilancarkan pada tahun lalu ada menampilkan dua varian hibrid iaitu HYBRID 300 e-EAT8 dan HYBRID 225 e-EAT8, dengan pek bateri 13.2 kWh dengan jarak pemanduan sifar emisi sejauh 59 km.
 

508


Model yang bakal membuat kemunculan awal di Malaysia mungkin sekali sedan 508 Hybrid yang tampil dengan gandingan enjin PureTech 1.6 liter (180 hp) dengan motor elektrik (110 hp) yang menghasilkan kuasa setinggi 225 hp, dan dipadankan dengan transmisi automatik e-EAT8 lapan kelajuan.

Pek bateri 11.8 kWh pula membenarkan jarak pemanduan sifar emisi sejauh 50 km.

Dalam laporan itu lagi, Bermaz turut bakal menawarkan pelan berasaskan langganan untuk barisan model EV yang bakal dijual kelak, di mana syarikat itu telah pun mengenalpasti beberapa penyedia fasiliti pengecasan untuk menjalankan kolaborasi pada masa akan datang.

Sumber: Paultan 1, 2

Berita Berkenaan

Berita Domestik
Ia merupakan selepas tiga tahun sejak penubuhannya untuk menguruskan pengedaran, jualan dan selepas…
Berita Domestik
Sepanjang tempoh peralihan, Bermaz Auto Alliance akan terus bekerjasama dengan Stellantis bagi…
Berita Domestik
Jason Choong Zheng Xin, pemenang bertuah yang telah membeli sebuah Peugeot 3008 sepanjang kempen…