Pakej penyelenggaraan lima tahun itu turut membolehkan model-model Peugeot di Malaysia mempunyai tempoh sela servis setiap 15,000 km atau 12 bulan (yang mana tiba dahulu).
Pakej lanjutan tempoh servis ini diperkenalkan selepas menjalani tempoh ujian yang panjang di negara kita, di mana ia mampu mengurangkan penggunaan pelincir dan komponen penyelenggaraan bagi menangani impak negatif terhadap perubahan iklim.

Ia juga bertujuan untuk mengurangkan kos pemilikan secara keseluruhan dan mengurangkan jumlah lawatan ke bengkel/pusat servis dalam tempoh jangka hayat kenderaan tersebut.
Terma dan syarat untuk jaminan pengeluar kekal tidak berubah.
Untuk membuat temujanji servis atau mendapatkan informasi berkenaan jaminan dan butiran kenderaan, pelanggan Peugeot boleh melayari laman web customer.peugeot.com.my, emel kepada [email protected] atau dengan menghubungi 03-7627 8818.