Bermula 2023, semua model BMW datang standard dengan Apple CarPlay, Android Auto

oleh Mohamad Hanif|
Bermula tahun 2023, kesemua model BMW baharu yang dijual di Malaysia akan didatangkan standard dengan integrasi peranti pintar Apple CarPlay dan Android Auto.
PERODUA MREC Banner Campaign February 2024
HONDA CR-V MREC Banner Campaign March 2024

Selain itu, BMW turut menawarkan Connected Package Professional secara standard yang mampu meningkatkan aspek keterhubungan antara pengguna dan kenderaan milik mereka.

Sementara model kenderaan yang dilengkapi dengan BMW iDrive 8, fungsi pemetaan Apple Maps akan diintegrasikan terus ke dalam Kluster Instrumen serta skrin paparan head-up.
 

BMW


Pemilik juga boleh menggunakan Perkhidmatan Jarak Jauh untuk mengawal fungsi kenderaan seperti mengunci pintu, mengaktifkan lampu utama atau hon, serta memulakan sistem aliran udara dengan menggunakan My BMW App.

Ciri Last State Call pula mampu memberikan informasi yang relevan termasuklah paras bahan api, perbatuan, status pintu dan tingkap, mesej dan perkhidmatan tertunda dan banyak lagi.

Para pemilik kenderaan elektrik boleh memanfaatkan fungsi Pengecasan Terhubung dan Navigasi Terhubung melalui BMW Maps untuk tempoh tiga tahun yang membolehkan mereka mendapatkan maklumat pengecasan serta penggunaan semasa.

Sistem navigasi berasaskan awan BMW Maps akan hadir dengan ciri yang lebih intuitif menerusi pilihan fungsi Point of Interest yang diperkaya, fungsi menghantar alamat kepada sistem kereta Send-to-Car, serta Last Mile yang akan memberitahu ketiadaan ruang parkir di kawasan yang dituju.
 

MINI


Untuk tahun 2023, kesemua model BMW dan MINI akan mengalami peningkatan harga berikutan inflasi global serta kenaikan kos pembuatan.

Bermula 1 Januari 2023, harga purata berasaskan volum berkadar sekitar 4.7 peratus dan 2.6 peratus yang terpakai untuk kesemua model BMW dan MINI.

Namun begitu, pemilik akan dapat menikmati lebih banyak penambahbaikan ciri baharu dalam semua model BMW dan MINI yang dibeli mulai tahun 2023.

BMW Group Malaysia turut mengemaskini harga pakej Inklusif Servis dan Pembaikan BMW serta MINI (BSRI/MSRI), di mana kenaikan harga (mengikut peratusan) boleh dirujuk pada jadual di bawah:

 

Berita Berkenaan

Model Terbaharu
Sedan elektrik mewah itu kini dilengkapi standard dengan Pengecas Profesional AC yang memiliki…
Berita Domestik
Perkhidmatan eksklusif dengan BMW i7 itu akan dibuka secara eksklusif kepada penumpang Enrich…
Model Terbaharu
Jika dilihat pada saiz dan namanya, i5 eDrive40 merupakan versi EV bagi model 5 Series generasi…