Beroperasi tanpa kebenaran - DBKL sita dua skuter elektrik

oleh SALINA JALIL|
Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) melaksanakan tindakan menyita aktiviti skuter elektrik yang beroperasi secara terbuka di Dataran Merdeka pada Sabtu lalu.


DBKL dalam satu kenyataan berkata, penyitaan itu dibuat berikutan Dataran Merdeka merupakan jalan awam selain tidak diwartakan untuk sebarang aktiviti skuter elektrik.
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 01
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 02

 

“Tindakan tersebut adalah bertepatan dengan arahan kerajaan iaitu tiada kebenaran diberikan kepada aktiviti skuter elektrik di atas jalan awam kecuali di kawasan diwartakan.

 

“Anggota Penguatkuasa DBKL yang membuat rondaan di lokasi menemukan aktiviti tanpa kebenaran seterusnya bertindak melaksanakan sitaan terhadap dua buah skuter elektrik yang diletakkan di atas jalan raya bagi tujuan penyewaan,” katanya.

 

Kata kenyataan itu lagi, DBKL juga tidak mengeluarkan sebarang kebenaran bagi membenarkan aktiviti permainan skuter itu dijalankan di Dataran Merdeka.

 

dbkl

 

“Anggota Penguatkuasa DBKL telah membuat laporan polis terhadap pengendali aktiviti skuter terbabit kerana telah menghalang penjawat awam melaksanakan tugas.

 

“Skuter yang disita telah dibawa ke stor sitaan DBKL di Jalan Lombong Cheras untuk tindakan lanjut,” jelasnya. 

 

 

FacebookDBKL

Berita Berkenaan

Informasi
"Empat skuter elektrik diserahkan untuk kegunaan pasukan keselamatan di KLIA Terminal 1 dan 2,…
Berita Global
Mengikut spesifikasi, Lambretta Elettra 2024 ini datang dengan motor elektrik tunggal berkuasa 15…
Berita Global
Diperlihatkan buat kali pertama pada September yang lalu, Honda Motocompacto merupakan satu tribut…