'Berposing' di jalan rosak!

oleh Penyumbang Rencana|
Seorang wanita menggunakan cara tersendiri dengan 'berposing' di jalan yang rosak bertujuan memberi mesej kepada pihak bertanggungjawab terhadap kerosakan jalan tersebut.

Wanita yang berasal dari Lampung itu turut memegang kertas dengan pertanyaan kepada pemerintah setempat, kenapa jalan yang rosak di lokasi dia berposing masih tidak dibaiki meskipun telah lama rosak.
Jaecoo J7 MREC Banner Campaign March 2025

Ujarnya yang dikenali sebagai Ummu Hani itu lagi, banyak implikasi buruk berlaku sekiranya jalan yang sudah rosak tidak segera dibaiki.

"Untuk kesekian kali ya, kami memohon dan meminta pihak terkait untuk baiki infrastruktur jalan ini,” tulis @ummuhanii89, lapor TvOne.

Dalam perkongsian di Instagramnya itu, Ummu Hani turut menjelaskan bahawa jalan yang rosak itu merupakan jalan penghubung yang sangat penting buat penduduk di kawasan berkenaan.

"Jalan ini merupakan akses utama penghubung antara desa dan daerah ini.

"Sudah banyak kerugian yang dialami kami disebabkan oleh kerosakan jalan ini, baik aspek ekonomi, pendidikan dan kesihatan. Cukup jalan sahaja yang rosak, jangan sampai kepercayaan warga juga turut 'rosak' terhadap pemerintah," tulisnya lagi.

Dalam hantarannya itu juga, wanita berhijab itu turut memetik beberapa nama pemerintah setempat antaranya Bupati Lampung Selatan, Nanang Ermanto dan Naib Bupati Lampung Selatan Pandu Kesuma Dewangsa untuk pemerhatian mereka.

Malah, dia turut memetik nama Menteri Pekerjaan Umum dan Perumahan Rakyat (PUPR), Basuki Hadimuljono dan Naib Presiden terpilih Indonesia Gibran Rakabuming Raka.

Hantaranya itu, ternyata mendapat perhatian warga maya, malah ia dibanjiri komen dan mendapat ribuan tanda suka.

- di sana tiada YB Duyung/Mohd Noor Helmy yang berkicau dan perbaiki dalam masa yang pantas -

 

Sinar Harian

Berita Berkenaan

Berita Global
Dalam dokumen mahkamah, PT WNA telah mendaftarkan nama Denza pada 3 Julai 2023 untuk Kelas 12…
Berita Global
"Pengembangan stesen pengecasan ini bertujuan mengurangkan kebergantungan kepada bahan api import,…
Berita Global
Ia ditawarkan dengan tiga pilihan trim dengan julat harga bermula 379,000,000 – 429,000,000 RP(…