"Pihak polis telah mengesan video berdurasi 28 saat yang tular melalui media sosial memaparkan satu kejadian melibatkan perselisihan faham antara dua pengguna jalan raya di lorong teknologi Identifikasi Frekuensi Radio (RFID) Plaza Tol Bukit Tambun arah selatan sekitar 5.15 petang Sabtu.
"Kejadian ini melibatkan pelanggaran kenderaan dari belakang yang kemudian menyebabkan pertengkaran, kerosakan harta benda serta dakwaan serangan fizikal dan ugutan jenayah oleh seorang daripada individu terlibat,” katanya dalam kenyataan malam tadi.
Beliau berkata, video berkenaan yang dirakam kamera papan pemuka kenderaan telah tular dan mendapat pelbagai reaksi daripada orang ramai.
Kes katanya disiasat mengikut Seksyen 323 Kanun Keseksaan kerana mendatangkan kecederaan dan Seksyen 506 kanun sama kerana melakukan ugut jenayah.
Terdahulu, tular satu rakaman video melalui media sosial memaparkan pertengkaran antara dua lelaki di Plaza Tol Bukit Tambun dengan seorang daripada mereka yang hanya berkain pelekat dan bertopi dilihat cuba menyerang menggunakan senjata sebelum kedua-dua mereka ditenangkan seorang individu yang berada di situ.
Video tular di pautan di bawah:
https://www.facebook.com/share/v/12MfrRbcnLS/