Bertone GB110 - supercar 1,085 hp dengan suapan bahan api sintetik daripada sisa plastik

oleh Mohamad Hanif|
Sejak daripada tahun 1920-an lagi, firma pembina koc Gruppo Bertone sudah bertanggungjawab dalam menghasilkan rekaan tersendiri untuk beberapa syarikat automotif terkemuka termasuklah Abarth, Alfa Romeo, Lamborghini, Mercedes-Benz, serta tidak ketinggalan skuter jenama Lambretta.
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 01
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 02

Bersempena dengan sambutan ulang tahun yang ke-110, Bertone kini tampil dengan model binaan khas berupa sebuah supercar berenjin tengah GB110.

Rekaan GB110 ini mengambil elemen daripada model Bertone terdahulu seperti Alfa Berlinetta Aerodinamica Tecnica (BAT) (1950-an), serta model Carabo (lewat 1960-an) yang menjadi inspirasi kepada Lamborghini Countach dan Stratos Zero.
 

GB110


Tidak diketahui model apakah yang menjadi asas kepada pembinaan supercar ini, namun menurut Bertone mereka membangunkan GB110 ini berdasarkan komponen yang diperoleh daripada pengeluar Jerman (nampak macam Audi R8, kan?).

Enjin GB110 ini mampu menghasilkan kuasa setinggi 1,085 hp dan 1,100 Nm, dan direka supaya mampu untuk menelan bahan api sintetik yang diperbuat daripada sisa plastik.

Dengan padanan transmisi tujuh nisbah kelajuan dan sistem pacuan semua roda, pecutan 0-100 km/j adalah sepantas 2.79 saat, sementara 0-200 km/j pula adalah sekitar 6.79 saat.
 

GB110


Bertone mendakwa GB110 ini mampu mencapai kelajuan tertinggi sepantas 380 km/j.

Casis Bertone GB110 ini dilengkapi dengan sistem suspensi double wishbone, spring gegelung dan pelarasan redaman empat cara, diikuti dengan pemasangan rim bersaiz 21 inci di depan dan 22 inci pada gandar belakang.

Menurut Pengurus Projek & Rekaan Bertone, Giovanni Sapio menjelaskan GB110 merupakan sebuah kereta Itali biarpun mempunyai asal-usul daripada Jerman.
 

GB110


"(GB110) mempunyai kelas dan gaya Itali, dan ia dibina untuk mengujakan para pemiliknya serta menyemarakkan semangat peminat kereta sports.

"Pada masa yang sama, ia dibina untuk kegunaan harian. Ia praktikal, selesa, mudah untuk diuruskan tanpa menjejaskan semangat kesukanannya," jelasnya lagi.

Difahamkan, hanya 33 unit sahaja Bertone GB110 yang akan diproduksikan. Harga jualan dan butiran lanjut akan diumumkan kelak.

Berita Berkenaan

Berita Global
  Pada Pameran Kenderaan Geneva 1970 ada sebuah model konsep futuristik yang dikenali sebagai BMW…
Informasi
Dalam era 1960-an, Lamborghini sudah mula memikirkan kereta prestasi tinggi untuk keluarga. Model…