Besraya jawab komen berkaitan pusingan U merbahaya

oleh HEZERI SAMSURI|
Pemegang konsesi Lebuhraya Sungai Besi (Besraya) berkata pusingan U yang dikatakan merbahaya oleh Careta itu akan dikaji sebelum langkah susulan diambil.
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 01
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 02

Menurut posting pihak editorial di Instagram dan Facebook rasmi Careta, pusingan U yang terletak berhadapan dengan Wisma Minlon dan stesen BHPetrol itu telah memakan banyak nyawa.

Semasa laporan ini ditulis, posting di Instagram itu mendapat 1,651 Likes dan dilihat oleh 41,531 orang di Facebook.

Terbaharu, seorang pemuda bermotosikal terbunuh apabila dilanggar oleh sebuah kenderaan berat.

Lokasinya yang berada di sebuah laluan lurus menuruni bukit menyebabkan kenderaan dari arah Kuala Lumpur bergerak pada kelajuan di atas 100 kmsj apabila melalui kawasan pusingan U itu.

Masalah semakin rumit apabila ada simpang dari kawasan perumahan, kurang dari 500 meter dari pusingan U itu, menyebabkan kenderaan mencuba untuk melintas tiga lorong lebuhraya itu dengan kelajuan perlahan.

Pihak editorial Careta meminta Besraya untuk menutup terus pusingan U tersebut.

Besraya kemudiannya menghantar mesej melalui Instagram semalam dan menerangkan bahawa cadangan penutupan pusingan U itu akan menyebabkan kesesakan dari Persimpangan Lampu Isyarat UPM sehingga ke pusingan U tersebut.

Besraya menerangkan ia pernah menerima aduan ketika pusingan U itu ditutup sementara waktu untuk kerja-kerja penyelenggaraan.

Pihak konsesi itu seterusnya berkata aduan dari Careta memberi peluang untuk mereka menambah-baik kualiti perkhidmatan lebuhraya tersebut.

Besraya akan menjalankan Audit Keselamatan Lebuhraya oleh juruaudit yang bertauliah dan ia akan dilakukan sebaik sahaja Perintah Kawalan Pergerakan ditamatkan.

Keputusan audit itu akan diteliti oleh Besraya sebelum tindakan susulan penambahbaikan dapat diambil.

Pihak editorial Careta mengucapkan terima kasih atas respon segera pihak Besraya di atas aduan yang dilakukan.

Berita Berkenaan

Berita Domestik
Mahkamah memerintahkan dia dihukum penjara empat bulan sekiranya gagal membayar denda tersebut dan…
Berita Domestik
Menurut laporan Berita Harian, penurunan kadar tol antara 15 sen hingga 50 sen itu dibuat selepas…
Berita Domestik
Menurut Petronas, kejadian tersebut berpunca daripada masalah operasi pengendalian ketika melakukan…