Betul ke enjin diesel kena biar lama untuk dipanaskan sebelum bergerak?

oleh Penyumbang Rencana 2|
Enjin diesel moden
Enjin diesel moden
Banyak teori diperkatakan tentang perlu atau tidak untuk memanaskan enjin diesel sebelum bergerak. Betul atau tidak?


Ini mungkin satu soalan yang bermain di fikiran pemilik kenderaan berenjin diesel sejak sekian lama. Soalan ini mungkin mudah, tetapi jawapannya tidaklah semudah yang disangka. Isu memanaskan enjin ni telah menjadi perdebatan antara pemilik kereta-kereta berenjin diesel sejak sekian lama dan di sini, kami ingin memberi sedikit pencerahan tentang isu ini.


MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 01
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 02

 

Enjin diesel beroperasi dengan cara yang berbeza berbanding enjin petrol.

 

Enjin diesel bergantung sepenuhnya kepada mampatan atau compression untuk dihidupkan dan ia perlu mendapat haba untuk mendapat mampatan yang diperlukan untuk beroperasi. Oleh sebab itu, enjin diesel perlu dibekalkan dengan palam haba atau glow plug bagi memberikan haba yang cukup ketika enjin hendak dihidupkan.

 

Jika palam pencucuh pada enjin petrol diperlukan sepenuh masa ketika enjin beroperasi, palam haba ini hanya perlu berfungsi ketika enjin diesel dihidupkan dan akan berhenti beroperasi ketika enjin telah mendapat haba daripada mampatan enjin.

 

Mercedes-Benz 300D

 

Selepas enjin dihidupkan, di sinilah persoalan timbul di benak fikiran pengguna enjin diesel, perlu ke enjin ni dibiarkan di dalam keadaan melahu atau idle untuk dipanaskan?

 

Jawapannya? Ya dan jugak tidak. Pening? Memang pening.

 

Baiklah, jika anda pengguna kenderaan yang menggunakan enjin diesel yang lama, katakan Mercedes W123 300D, proses pemanasan enjin yang digelarkan sebagai pra-pemanasan atau pre-heat akan bermula ketika anda memutar kunci kepada posisi  Hidup atau On dan enjin lama seperti ini, anda sebenarnya kena menunggu sehingga 20 saat sebelum anda boleh menggerakkan kenderaan.

 

Sesetengah kenderaan telah didatangkan dengan lampu amaran yang menunjukkan bila enjin telah panas sepenuhnya dan selamat untuk bergerak.

 

Untuk enjin diesel moden, proses pra -pemanasan telah bermula sebaik sahaja pemandu membuka pintu kereta, jadi masa menunggu untuk menggerakkan kereta dipendekkan kepada lebih kurang 6 ke 8 saat sahaja.

 

Hyundai Tucson 2.0L CRDI Diesel

 

Jadi, sememangnya anda perlu memanaskan enjin diesel terlebih dahulu sebelum kenderaan bergerak, tetapi bukanlah perlu memanaskannya pada jangkamasa yang terlalu lama.

 

Dan jika enjin diesel anda telahpun mencapai suhu optima sebelum dihidupkan semula, sebagai contoh, anda pergi mengisi minyak dan enjin dihidupkan semula setelah minyak diisi, anda tidak perlu pun menunggu untuk menggerakkan kenderaan anda.

 

Anda juga sebenarnya boleh memandu terus kenderaan enjin diesel anda selepas dihidupkan tanpa melakukan proses pra-pemanasan, tetapi perlulah dipandu dengan perlahan-lahan dan bukannya secara agresif.

 

Jika anda memanaskan enjin terlalu lama, sebenarnya ia mempunyai impak negatif kepada jangkahayat enjin diesel kenderaan anda dan pastinya ia juga akan memberikan kesan secara langsung kepada alam persekitaran kita.

 

Jadi, panaskan enjin pada jangkamasa yang pendek dan untuk enjin diesel generasi baru, anda sebenarnya boleh sahaja terus memandu setelah enjin dihidupkan sama seperti kereta berenjin petrol.

 

kia grand carnival

Ezmil Zulkifli

Berita Berkenaan

Berita Domestik
Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup (KPDN) juga sudah mengeluarkan senarai…
Informasi
Beliau berkata syarikat yang terlibat diharap dapat membuat permohonan selewat-lewatnya 30 April…
Berita Domestik
Beliau turut menafikan dakwaan beberapa cukai baharu akan diperkenal tahun ini, yang juga tular…