BETUL KE GULA BOLEH ROSAKKAN ENJIN KERETA?

oleh Firdaus Razani|
SEJAK dahulu lagi ramai mengatakan jika terdapat gula di dalam enjin atau ke dalam tangki minyak, ia akan membuatkan petrol itu bergula dan serta-merta merosakkan enjin.
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 01
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 02

Ia merupakan mitos semata kerana gula tidak larut dalam petrol dan ia akan kekal dalam bentuk butiran jika ditambah ke dalam petrol.

Apa yang perlu dirisaukan adalah, jika air biasa yang akan termasuk di dalam tangki minyak dan air lebih merosakkan enjin berbanding butiran gula.

Hal ini kerana, enjin memerlukan bahan api untuk membakar dan sekiranya terdapat kuantiti air yang menghalang, ia akan menjadikan kerosakan yang lebih serius.

 

gula

 

Menurut pengurus kejuruteraan di Bosch, Mohammad Fatouraie berkata “Kami tidak pernah melihat enjin rosak atau musnah akibat gula di dalam tangki gas, atau mendengar sebarang kes yang benar-benar munasabah atau terbukti berlaku perkara ini.”

Berdasarkan ukuran saiz untuk zarah kecil, hablur gula adalah kira-kira 200 mikron dan penapis dalam sistem bahan api kereta menangkap zarah yang jauh lebih kecil daripada itu.

 

gula

 

Jadi butiran gula dalam petrol akan ditangkap oleh mana-mana satu daripada beberapa penapis sebelum ia masuk ke dalam enjin.

Terdapat fabrik, penapis seperti stokin mengelilingi pam bahan api dalam tangki gas, penapis bahan api dalam talian di salur masuk pam tangki, penapis pada pam bahan api tekanan tinggi di ruang enjin dan penapis di salur masuk setiap penyuntik bahan api.

Walaupun untuk enjin karburetor yang tidak mempunyai penyuntik bahan api, dengan semua penapis lain dalam sistem, risiko untuk gula akan sampai ke dalam enjin adalah rendah.

 

gula

 

Menurut Fatouraie, gula adalah dua kali lebih padat daripada petrol, jadi ia tidak mungkin kesemua butiran akan sampai ke penapis.

Apa yang perlu dilakukan sekiranya terdapat benda asing seperti gula di dalam tangki minyak adalah, tangki tersebut perlu dibersihkan dan menggantikan stokin penapis yang baharu.

Jika ia tidak dibersihkan dengan segera, ia boleh menyebabkan penapis dalam tangki tersumbat serta menghalang bahan api daripada mengalir dengan betul dan boleh menjadi kegagalan enjin berfungsi.

 

SUMBER : PopularMechanics