Beza Bezza Limited Edition daripada Bezza yang lain

oleh Mohamad Hanif|

Perodua Bezza Limited Edition akhirnya didedahkan secara rasmi pada hari pembukaan acara Malaysia Autoshow 2019.

Bezza Limited Edition dibangunkan berdasarkan Bezza 1.3 Premium X.

Tiada sebarang perubahan mekanikal dibuat, ini bermakna enjin 1.3 liter masih kekal digunakan tanpa sebarang naik taraf. 

Namun Perodua mendatangkan aksesori berupa kit badan GearUp yang lebih sporty merangkumi keseluruhan sudut.

 


Antara yang membezakannya dengan Bezza yang lain ialah:

  • Kit badan GearUp dengan kemasan hitam matte
  • Jaluran merah
  • Perumah cermin sisi berwarna merah
  • Spoiler belakang hitam
  • Rim aloi kelabu
  • Grafik geometri
  • Bumbung berwarna hitam

Manakala ruang dalaman pula tampil dengan sarung tempat duduk GearUp dengan jahitan merah, kemasan merah pada corong pendingin hawa dan karpet GearUp.

Hanya 50 unit sahaja ditawarkan dengan harga jualan bermula dari RM44,890.


 


Selain daripada Bezza Limited Edition, Perodua juga turut melancarkan kit badan GearUp baharu untuk SUV Perodua Aruz. 

Untuk para pengunjung, rebut peluang keemasan untuk memenangi hadiah sehingga RM20,000 di booth Perodua.

Berita Berkenaan

Berita Domestik
Mengikut pertuduhan, tertuduh sebagai pemandu kereta telah memandu kenderaan itu dengan kandungan…
Berita Domestik
"Siasatan awal mendapati mangsa yang sedang bertugas itu menunggang motosikal jenis Honda EX5 dalam…
Berita Domestik
Menurutnya, berdasarkan siasatan awal Toyota Alphard yang dipandu seorang lelaki berusia 37 tahun…