Bezza adalah sedan entry-elvel paling popular di dalam negara dan antara sebabnya ialah pakej aksesori dan kelengkapan yang lebih memenuhi kehendak pasaran.
Bezza juga popular untuk mereka yang mahukan sebuah kenderaan yang terbukti lasak dan menjimatkan bahan api. Ia bukan untuk mereka yang kaki kereta tetapi lebih untuk rakyat marhaen yang mahukan nilai tertinggi dari wang mereka.
Ruang but yang melebihi 500 liter itu turut membuktikan ia dibina khas untuk pasaran Asia Tenggara kerana itu yang diperlukan di rantau ini - sebuah sedan kompak mampu milik dengan ruang bagasi yang besar.
Bezza juga menerima anugerah 5-bintang untuk varian yang mempunyai VSC (Vehicle Stability Control).
Bezza varian AV pula lengkap dengan sistem keselamatan elektronik canggih ASA yang sering dilihat wujud dalam kenderaan dalam kelas mewah.
Presiden dan CEO Perodua, Datuk Zainal Abidin berkata pembaharuan untuk Bezza 2020 dilakukan atas kajian dan permintaan pasaran sendiri.
Nantikan video pandu uji Careta untuk Bezza 2020 ini.