BFGoodrich anjur sesi pengalaman pemanduan eksklusif, uji pelbagai jenis tayar di Thailand

oleh Penyumbang Rencana 2|
BFGoodrich baru-baru ini telah menganjurkan satu acara ekslusif “BFGoodrich Day 2023” yang memberi peluang unik kepada tetamu-tetamu undangan untuk mengalami sendiri ciri-ciri dan prestasi pemanduan yang dibekalkan oleh tayar BFGoodrich, di atas dan juga di luar jalan raya.
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 01
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 02

Acara istimewa ini dihadiri lebih daripada 200 wakil pengedar, warga media dan juga pempengaruh dari 8 buah negara di Asia Timur dan Oceania – iaitu, Australia, Indonesia, Malaysia, New Zealand, Filipina, Korea Selatan,Thailand, dan Vietnam.
 

bf


Acara yang berlangsung dari 3 hingga 11 November 2023, memilih lokasi di Khao Yai National Park, Nakhon Ratchasima, Thailand di mana terdapat Zon Pameran legasi bersejarah jenama yang berusia 150 tahun itu. 

Antara inovasi yang diperkenalkan jenama ini adalah sejak penubuhannya termasuk tayar radial Amerika yang pertama, tayar radial untuk Semua Permukaan dan Permukaan Berlumpur yang pertama di dunia, serta tayar pilihan rasmi Columbia Space Shuttle.
 

bf


Tayar BFGoodrich juga telah banyak mendominasi acara sukan permotoran yang popular di dunia termasuk Le Mans 24 Hours, Baja 1000, dan Dakar Rally.

Selain berkongsi pelbagai maklumat, Zon Pameran tersebut juga telah menampilkan seluruh rangkaian produk BFGoodrich, yang meliputi tayar jalan raya dan luar jalan raya.
BFGoodrich Trail Terrain T/A – tayar premium dengan prestasi jalan raya yang cemerlang, dan daya prestasi ringan di luar jalan raya.
BFGoodrich All-Terrain T/A KO2 – tayar ikonik untuk jentera 4x4, 4x2, SUV, dan pikap tinggi dengan cengkaman luar jalan raya yang hebat, walaupun merentasi permukaan yang amat mencabar.
BFGoodrich Mud-Terrain T/A KM3 – tayar yang “wajib” dimiliki oleh peminat tegar aktiviti ‘offroad’ yang menginginkan kelasakan serta cengkaman ekstrem.
BFGoodrich Advantage Touring – tayar jalan raya yang sangat berbaloi, sempurna untuk aktiviti pemanduan harian di kawasan urban, dirumus khas untuk memberi keyakinan kepada pengguna jalan raya.
BFGoodrich g-Force Phenom – tayar jalan raya berprestasi tinggi yang bertujuan untuk menaik taraf pengalaman pemanduan para pengguna, dalam keadaan jalan yang basah ataupun kering.
 

bgf


Para peserta juga dapat merasai pengalaman memandu yang mengujakan di 5 Stesen Bengkel yang disediakan, dua antaranya ditujukan untuk aktiviti ‘offroad’ (‘cross country’, ‘hotlap’, dan ‘offroad buggy’) mengambil tempat di Wild Calling Farm Park, sebuah lapangan perkhemahan yang dikelilingi dengan gunung-ganang.
  
Selain itu, dua lagi adalah untuk aktiviti ‘onroad’ (pengendalian & pembrekan, litar mini, dan ‘hotlap’) terletak di 8 Speed Motor Track, sebuah lokasi versatil untuk aneka acara selain perlumbaan, iaitu di atas perkarangan seluas hampir 20 ekar; dan sesi kembara ke Khao Yai Tieng, sebuah destinasi pergunungan dengan pemandangan yang mempesonakan.
 

bf


Penulis: Firdaus Razani

Berita Berkenaan

Pelancaran
BFGoodrich g-Force PHENOM T/A juga dirumus bagi menjamin keupayaan pemanduan yang cemerlang bermula…
Berita Domestik
Menurut Pengarah Urusan Michelin Malaysia, Oliver Biggart berkata, "BFGoodrich Advantage Touring…
Berita Domestik
Dengan slogan "Lives on the road, loves to get away", BFGoodrich Trail-Terrain T/A ini dirumus…