BHPetrol lancarkan Tabung Pahlawan ATM

oleh SALINA JALIL|
Boustead Petroleum Marketing Sdn Bhd (BHPetrol) dengan kerjasama bersama Jabatan Hal Ehwal Veteran (JHEV) menganjurkan program Tabung Pahlawan ATM di seluruh stesen minyak BHPetrol hari ini.


Majlis pelancaran tersebut telah berlangsung di stesen minyak BHPetrol Taman LTAT, Bukit Jalil, Kuala Lumpur oleh Mejar Jeneral Dato' Dzulkarnain bin Ahmad, Ketua Pengarah Jabatan Hal Ehwal Veteran (JHEV).
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 01
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 02

 

Turut hadir adalah YBhg Leftenan Jeneral Datuk Pahlawan Hj Khairuddin bin Mat Yusof (B), Pengerusi BHPetrol dan Leslie Ng, Ketua Eksekutif BHPetrol.

 


Cadangan menyediakan Tabung Pahlawan ATM di stesen minyak BHPetrol adalah cetusan idea dari pihak Kementerian Pertahanan Malaysia sebagai platfom untuk menghulurkan sumbangan kepada warga bekas tentera. 

 


Ahli masyarakat diseru menghulurkan sumbangan ikhlas ke tabung yang disediakan ketika berada di stesen minyak BHPetrol.

 


Tabung sumbangan ini telah pun diletakkan di lebih 200 stesen minyak BHPetrol semenjak bulan Februari 2021.

 

Hasil sumbangan orang ramai akan disalurkan kepada tabung bantuan amal veteran Angkatan Tentera Malaysia di bawah Jabatan al Ehwal Veteran (JHEV).

 


Untuk makluman, terdapat sekitar 400 buah stesen minyak BHPetrol beroperasi di seluruh Semenanjung Malaysia.

Berita Berkenaan

Berita Domestik
Program ini telah dirasmikan dengan ucapan oleh Ketua Pegawai Eksekutif BHpetrol, Ir Azizul Azily…
Berita Domestik
Antara yang menjadi cabaran paling utama masa kini ialah kenaikan setiap harga barang di mana ia…
Berita Domestik
Menerusi kerjasama ini, Maxis sebagai penyedia rangkaian akan menyediakan SD-WAN (Software-Defined…