Bidaan nombor plat kenderaan 'UM' dibuka hari ini

oleh SALINA JALIL|
Nombor pendaftaran kenderaan khas dengan awalan 'UM' boleh dibida bermula hari ini, dengan harga bidaan minimum pada kadar RM1,000.


Naib Canselor Universiti Malaya (UM), Prof Datuk Ir Dr Mohd Hamdi Abd Shukor, berkata nombor pendaftaran itu adalah satu simbol unik yang dapat dipaparkan pada kenderaan dan ditawarkan kepada orang awam.

 

Beliau berkata, ia bukan sekadar nombor plat kenderaan, tetapi menjadi satu manifestasi seseorang sebagai 'warga UM'.

 

"Pembida juga secara tidak langsung menjadi penyumbang kepada dana pembangunan, penyelidikan dan kebajikan pelajar UM.

 

"Penjualan nombor pendaftaran kenderaan UM antara inisiatif penjanaan pendapatan universiti, selain mempromosikan nama UM sebagai universiti terunggul dan antara yang terbaik di dunia," katanya dalam kenyataan sempena pelancaran bidaan nombor pendaftaran itu, semalam.

 

Mohd Hamdi berkata, inisiatif itu juga disasarkan akan menarik lebih ramai alumni UM memberi sumbangan kepada universiti itu, selain mengeratkan hubungan antara kedua-dua pihak.

 

Sesi bidaan pertama yang berlangsung selama lima hari bermula esok hingga 12 Mac ini menawarkan 100 nombor plat UM membabitkan tiga kategori iaitu Emas, Perak dan Gangsa serta bidaan boleh dilakukan menerusi laman web https://hebat.um.edu.my.

 

Katanya, UM adalah universiti terbaik di Malaysia dan berada di kedudukan 59 terbaik di dunia.

 

 

 

– BERNAMA

Berita Berkenaan

Berita Domestik
Jumlah tersebut menjadikan nombor plat siri "FF" dengan kutipan paling tinggi dalam sejarah sistem…
Berita Domestik
Hal ini menyebabkan ramai pembida nombor pendaftaran meluahkan perasaan tidak puas hati di media…
Berita Global
Angka tersebut berjaya dilelong pada harga 55 juta dirham UAE (RM66.15 juta) pada acara yang…