Bidaan nombor plat MADANI 6 tertinggi, RM68,888, kutipan keseluruhan RM2.62 juta

oleh Penyumbang Rencana|
foto hiasan
Pembidaan Nombor Pendaftaran Istimewa (NPI) Siri MADANI yang dibuka pada 19 hingga 23 Oktober lepas berjaya merekodkan kutipan keseluruhan sebanyak RM2.62 juta, kata Ketua Pengarah Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ), Datuk Aedy Fadly Ramli.

MADANI 6 merupakan NPI yang dibida dengan harga paling tinggi iaitu RM68,888, diikuti MADANI 5 (RM58,001), MADANI 4 (RM55,000), MADANI 3 (RM51,111) dan MADANI 33 dengan nilai bidaan RM42,110.

Penyertaan pembida siri keseluruhan 5,632 orang dan 3,263 pembida berjaya memenangi nombor pendaftaran masing-masing.

Memperincikan lima nombor paling banyak dibida, Aedy Fadly berkata MADANI 1118 merekodkan 17 pembida, MADANI 8055 (15 pembida), MADANI 998 (13 pembida), MADANI 1305 (13 pembida) dan MADANI 113 (12 pembida).

Bidaan NPI Siri MADANI merupakan usaha Kementerian Pengangkutan untuk merealisasikan hasrat kerajaan dalam menjayakan pelaksanaan pelbagai inisiatif kementerian itu untuk rakyat seperti Program MyLESEN, Program Pertukaran Topi Keledar dan subsidi FlySISWA.

Bacaan selanjutnya di Bernama

Berita Berkenaan

Berita Domestik
Katanya, wanita terbabit memaklumkan dia menggunakannya kenderaan berkenaan sejak minggu lalu…
Berita Domestik
​Menurutnya, sebelum ini pihak syarikat telah dijatuhi hukuman denda sebanyak RM11,000 serta…
Informasi
“Orang ramai dinasihatkan supaya tidak mudah terpedaya dengan sebarang promosi atau tawaran kerja…