Bidaan nombor siri DEN berjaya kutip RM3.26 juta, bidaan tertinggi RM98,888 untuk DEN 8

oleh Penyumbang Rencana|
Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) Kelantan merekodkan kutipan sebanyak RM3.26 juta sepanjang tempoh bidaan nombor siri pendaftaran DEN selama lima hari bermula 13 hingga 17 Oktober lalu.


Pengarah JPJ Kelantan, Mohd. Misuari Abdullah berkata, jumlah kutipan hasil siri pendaftaran itu melebihi sasaran iaitu RM2.6 juta.
PERODUA MREC Banner Campaign February 2024
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 01

 

Nilai tertinggi dalam bidaan itu adalah nombor pendaftaran DEN 8 iaitu RM98,888 diikuti DEN 6 (RM71,000) dan DEN 3 (RM68,889).

 

Nombor paling banyak dibida ialah DEN 5 manakala jumlah keseluruhan pembida yang melayari sistem JPJeBID ialah 4,473.  Selain itu lima nombor paling banyak dibida ialah DEN 1305, DEN 805, DEN 50, DEN 23 dan DEN 8055, melibatkan antara 16 hingga 20 pembida.

 

“Sepanjang tempoh itu, seramai 938,751 pengguna yang berdaftar telah membida nombor pendaftaran tersebut melalui sistem bidaan nombor pendaftaran kenderaan secara dalam talian (JPJeBid).

 

“Daripada jumlah itu, seramai seramai 2,057 pembida telah berjaya dengan nombor yang dibida sebanyak 2,070,” katanya dalam satu kenyataan pada Rabu.

 

Menurut Mohd. Misuari, bagi siri nombor pendaftaran utama, harga minimum ditetapkan sebanyak RM20,000, nombor menarik (RM3,000), nombor popular (RM800) dan nombor biasa (RM300).

 

Sepanjang tempoh pelaksanaan sistem JPJeBid diperkenalkan di Kelantan bermula dengan siri DDP hingga DEM, JPJ Kelantan telah mengutip sebanyak sebanyak RM40.1 juta.

 

Mereka yang berminat untuk mendapatkan baki nombor pendaftaran DEN boleh berurusan di Pejabat JPJ negeri atau cawangan.

 

 

Sinar Harian

Berita Berkenaan

Berita Domestik
Hasil nilai bidaan berkenaan akan disalurkan kepada Kerajaan Persekutuan. Pada pertemuan itu,…
Berita Global
Namun tahukah anda, menjelang tahun akhir produksi model tersebut, Porsche membuat keputusan untuk…
Berita Domestik
"Carsome juga menjalankan pemeriksaan ke atas 489 unit kenderaan pada hari tersebut, jauh melebihi…