Big Bike Warehouse kembali 2-4 April ini!

oleh Mohamad Hanif|
Acara jualan gudang Big Bike Warehouse kini kembali menawarkan pelbagai promosi yang menarik khusus untuk rakyat Malaysia pada 2-4 April ini.
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 01
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 02

Konsep jualan Big Bike Warehouse ini pertama kali dianjurkan oleh Goh Brothers Group pada tahun 2020 di Gasket Alley menyaksikan pelbagai tawaran motosikal dan aksesori, memperlihatkan lebih 50 buah motosikal terjual dengan jumlah jualan mencecah RM4.5 juta.

Untuk tahun ini, acara Big Bike Warehouse kembali bertempat di Route 77 Harley Davidson Kuala Lumpur yang membawakan lebih daripada 100 unit motosikal baharu Harley-Davidson dengan jaminan antarabangsa 2 tahun.

Selain daripada itu, Big Bike Warehouse turut menampilkan beberapa jenama terkemuka seperti Aprilia, Vespa, Moto Guzzi serta aksesori seperti HJC, Zeus, Givi, Shima, Vite, Ipone, Hypergear dan Cardo.

Rakyat Malaysia dijemput hadir ke Route 77 Harley-Davidson, Jalan Ampang pada 2-4 April ini, bermula jam 10 pagi sehingga 7 malam.

 

Berita Berkenaan

Berita Domestik
Daripada jumlah itu, 53 unit daripadanya merupakan motosikal jenama Harley-Davidson. Secara…
Informasi
Konsep jualan Big Big Warehouse ini amat menarik kerana pelbagai jenama motosikal seperti Harley-…