Bikin sendiri rim Vossen idaman guna rim besi (+Video)

oleh Mohamad Hanif|
Penampilan sesebuah kenderaan tidak akan lengkap tanpa set rim yang bersesuaian, dan terdapat beribu pilihan rim yang ada di pasaran, tidak termasuk yang cap ayam mahupun cap 'copy ori tapi tak ok'.
PERODUA MREC Banner Campaign February 2024
HONDA CR-V MREC Banner Campaign March 2024

Bagaimana sekiranya anda memiliki bajet yang terhad, beli kereta spesifikasi Saga BLM (sebagai contoh) tapi masih mahukan rim yang lebih bergaya?

Cuba lihat sendiri idea yang dihasilkan oleh mekanik dari Russia menerusi saluran Youtube Garage54, di mana mereka menawarkan alternatif kepada rim aloi aftermarket atau rim OEM namun dengan harga yang lebih murah. 

 


Menggunakan rim besi standard spesifikasi asas sesebuah kenderaan, Garage54 berjaya menghasilkan modifikasi rim yang diinspirasikan daripada rim berjenama Vossen. 

Menerusi video tersebut, mereka mengekalkan perumah rim namun menambah lima batang yang besar sebelum mengimpal kesemua struktur tersebut dan membuang bahagian yang tidak diperlukan. 

'Rim' baharu tersebut kemudian dilayangkan dengan warna hitam dan perak. 

Setelah siap proses modifikasi tersebut, rim tersebut menjalani proses pengimbangan seperti biasa sebelum ia dipasang pada kereta untuk diuji ketahanannya. 
 


Namun harus diingat, tahap keselamatannya masih lagi diragui memandangkan mekanik tersebut hanya mengujinya di jalan raya pada kelajuan yang rendah dan mendapati tiada sebarang gegaran atau bunyi bising yang ketara ketika ujian tersebut. 

Kami di Careta tidak menggalakkan anda melakukan modifikasi sebegini di rumah, biarlah anda cukup makan daripada kehilangan nyawa di penghujung hari akibat penggunaan rim yang tidak menepati undang-undang. 

 

Berita Berkenaan

Informasi
Maka tidak menghairankan apabila garaj rumahnya yang terletak di Kampung Gong Badak, Terengganu…
Berita Domestik
Menurut Menteri Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup, Datuk Seri Salahuddin Ayub berkata,…
Berita Domestik
Bertemakan “Meraikan Mekanik Malaysia”, kempen tahun ini diadakan bagi menghargai dan meningkatkan…