Bilik pameran Ducati Kuala Lumpur kini dibuka

oleh Danial Yasin Suhaimi|
Ducati Malaysia telah melancarkan bilik pameran Ducati KL bagi menyediakan pengalaman pemilikan motosikal mewah serba baharu.
PERODUA MREC Banner Campaign February 2024
HONDA CR-V MREC Banner Campaign March 2024

Kemudahan bernilai RM1 juta itu terletak secara strategik di Wisma Pahlawan, yang mudah diakses di sepanjang Jalan Sultan Sulaiman, Kampung Attap.

 

2

 

Pusat pengedar di KL itu memiliki keluasan 6,557 kaki persegi, dimana 247 kaki persegi dikhususkan untuk model Scrambler.

Ia dilengkapi dengan susun atur yang menarik direka khas untuk membawa pelanggan menikmati barisan model Ducati, sambil turut menggabungkan kawasan peruncitan pakaian dan barangan, serta bahagian lounge yang selesa.

 

3

 

Ia turut merangkumi kemudahan perkhidmatan motosikal yang ditetapkan seluas 1,453 kaki persegi, dilengkapi dengan 2 ruang kerja dan kapasiti servis sehingga 100 motosikal sebulan.

Sempena pelancaran kemudahan baharu itu, Ducati Malaysia turut memperkenalkan dua model Apex Predators baharu, iaitu Ducati Panigale V4 R dan Ducati Monster SP baharu.

 

4

 

Ducati KL pastinya bakal menjadi satu lagi hab bagi peminat dan penunggang Ducati di negara ini, dimana ianya terletak secara strategik di Wisma Pahlawan, Jalan Sultan Sulaiman, Kampung Attap, 50000 Kuala Lumpur.

 

Baca: Ducati Panigale V4 R rasmi di Malaysia

Baca: Ducati Monster SP rasmi di Malaysia

 

Berita Berkenaan

Berita Domestik
Waranti Kilang Ever Red 3 Tahun Ducati Malaysia adalah program waranti eksklusif yang direka khusus…
Berita Domestik
Bermula hari ini hingga 30 September, pelanggan yang berminat untuk membeli motosikal Ducati serba…
Pelancaran Motosikal
Scrambler 2023 datang dengan 3 varian iaitu Icon, Full Throttle dan Nightshift yang tampil dengan…